Connect with us

Sukan

Anak Malaysia menjuarai Piala Strider di Amerika

Published

on

PELUMBA cilik Imran Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan dunia basikal tolak untuk kanak-kanak, Piala Strider 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejohanan di Boulder, Colorado, pelumba berusia tujuh tahun itu memenangi kategori terbuka basikal 14 inci ataupun 14x, mengatasi 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan pesaing paling sengit dari negara Jepun.

Ia merupakan perlumbaan kategori baharu dalam Piala Strider yang baru saja mengeluarkan model 14 inci hujung tahun lepas.

Aktif dalam sukan dan permakanan yang sihat merupakan resepi utama kejayaan Imran di pentas dunia, mengatasi peserta-peserta setanding dengannya di sana.

Menurut bapanya Shariman Samad, Imran tidak menjalani apa-apa rutin harian sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan dunia tersebut.

“Setiap minggu, Imran berlatih dengan CAK Sports Academy untuk meningkatkan daya ketahanannya, di samping latihan dengan basikal Strider dan berlumba dengan menyertai perlumbaan basikal Strider,” kata Shariman.

“Imran juga pernah aktif latihan bola sepak dengan EPS Sports Academy semasa berusia lima tahun dan makanannya dijaga dengan tidak makan berlebihan.Kelebihan yang dimiliki Imran sudah pasti pecutannya, kerana dia juga pernah mewakili Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebanyak dua kali di kejohanan IAAF Kids Athletics bawah tujuh tahun dan bawah sembilan tahun.

Kredit: Astro Awani

Ia merupakan kali keempat Imran menyertai perlumbaan basikal tolak ini di peringkat antarabangsa antaranya di Tokyo dan Bangkok.

Piala Strider 2018 dianjurkan syarikat pengeluar basikal tolak ataupun basikal imbang yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Strider.

Perlumbaan di Piala Strider melibatkan basikal dua roda tanpa pengayuh itu yang turut dikenali sebagai push bike atau balance bike di peringkat antarabangsa.

Ia digunakan sebagai latihan awal untuk kanak-kanak belajar mengimbangi menggunakan basikal dua roda sebelum menggunakan pengayuh.

Kanak-kanak seawal 18 bulan boleh diberi pendedahan awal kepada basikal tanpa pengayuh itu yang turut dipanggil basikal imbang.

Sumber Asal: Astro Awani

Sukan

Pandelela Pamg sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia

Published

on

Pandelela Rinong anak Pamg, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat sulung negara bagi acara 10M platform wanita di Piala Dunia FINA di Tokyo.

Pemilik dua kali Medal Olimpik ini menunjukkan karakter dan komposisi yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 untuk memenangi acara individu 10m platform wanita itu.

Biodata ringkas Pandelela

Pandelela dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, di Bau. Beliau mempunyai ketinggian 5’3″ dan berat 52kg, berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Beliau mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.

Rekod pingat Pandelela Rinong:

Pernah mengalami kecederaan

Pada tahun 2010, Pandelela patah tulang di kaki yang mengambil masa enam bulan untuk beliau sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan di buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014, beliau mempunyai kecederaan lutut yang telah menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya untuk dua acara di Sukan Asia 2014.

Walaupun pernah mengalami pelbagai kecederaan, Pandelela tetap terus berjuang menjadi atlet terjun terbaik dunia. Semoga Pandelela terus mengharumkan nama negara di persada dunia dan menjadi contoh untuk anak muda bangkit dan mencipta nama di peringkat dunia dalam apa jua bidang.

#MalaysiaBoleh!

 

Continue Reading

Sukan

Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.

Published

on

Artikel asal: Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.

“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).

“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.

Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.

“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.

“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.

Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.

“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.

Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

Continue Reading

Sukan

F1 akan kembali beraksi di SIC?

Published

on

Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!

Continue Reading

Trending