Sukan
Datuk Lee Chong Wei Letak Jawatan Pengarah Raj’s Banana Leaf Sebelum Dulang Dicuci Air Lopak Lagi!
Selepas video kontroversi restoran makanan India, Raj’s Banana Leaf tular menunjukkan pekerja-pekerja mereka mencuci pinggan mangkuk menggunakan air lopak di tepi jalan belakang restoran, nama Datuk Lee Chong Wei tiba-tiba turut terpalit sama.
Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut, Datuk Lee Chong Wei meyatakan beliau telah pun meletakkan jawatannya sebelum video itu tersebar.
Pihak pengurusan juga memberitahu walaupun Datuk Lee Chong Wei pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan, beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang operasi perniagaan di restoran terbabit.
Sehubungan itu, pihak restoran tersebut dalam status yang sama turut menyatakan permohonan maaf diatas apa yang telah berlaku dan menjelaskan kejadian tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja baru.
DBKL serta Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan untuk restoran Raj ditutup serta merta sehingga diberitahu kelak.
Sukan
Pandelela Pamg sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia
Pandelela Rinong anak Pamg, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat sulung negara bagi acara 10M platform wanita di Piala Dunia FINA di Tokyo.
Pemilik dua kali Medal Olimpik ini menunjukkan karakter dan komposisi yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 untuk memenangi acara individu 10m platform wanita itu.
Biodata ringkas Pandelela
Pandelela dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, di Bau. Beliau mempunyai ketinggian 5’3″ dan berat 52kg, berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Beliau mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.
Rekod pingat Pandelela Rinong:
Pernah mengalami kecederaan
Pada tahun 2010, Pandelela patah tulang di kaki yang mengambil masa enam bulan untuk beliau sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan di buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014, beliau mempunyai kecederaan lutut yang telah menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya untuk dua acara di Sukan Asia 2014.
Walaupun pernah mengalami pelbagai kecederaan, Pandelela tetap terus berjuang menjadi atlet terjun terbaik dunia. Semoga Pandelela terus mengharumkan nama negara di persada dunia dan menjadi contoh untuk anak muda bangkit dan mencipta nama di peringkat dunia dalam apa jua bidang.
#MalaysiaBoleh!
Sukan
Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.
Artikel asal: Malaysiakini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.
Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.
“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).
“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.
Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.
Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.
“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.
“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.
Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.
Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.
“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.
Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.
Sukan
F1 akan kembali beraksi di SIC?
Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!