Teknologi
CAAM umum arahan dron baharu pada Februari ini

Arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron sedang dalam usaha dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada bulan depan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM Zainul Abidin Maslan, berkata penguatkuasaan peraturan baharu akan memerlukan proses yang berulang-ulang seperti pendaftaran, kebenaran dan pengawasan bagi meraih masa depan yang cerah dalam industri dron di Malaysia.
Katanya, proses-proses lain perlu dilakukan secara dalam talian atau menerusi platform pengurusan trafik tanpa pemandu.
“Kami berharap dapat mengumumkan (arahan ini) pada Februari. Peraturan baharu ini akan turut menyediakan panduan yang mencukupi bagi memastikan hanya pengendali yang cekap mempunyai hak dan kelulusan untuk mengendalikan dron bagi kegunaan industri,” katanya pada Sidang Kemuncak UAV Maya Pertama Dunia 2021 hari ini.
Kira-kira 300 peserta menyertai sidang kemuncak itu dengan penceramah jemputan dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Greece, Romania, Perancis dan Belgium.
Pihak berkuasa kawal selia tempatan yang turut serta dalam sidang kemuncak itu termasuk CAAM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia.
Zainul berkata, aktiviti pesawat tanpa pemandu di Malaysia pada ketika ini terikat dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 04/2008.
“Kami percaya sekarang merupakan masa yang sesuai untuk peraturan drone yang baharu dilaksanakan dalam memastikan keselamatan serta mendorong industri ke tahap yang baharu,” tambahnya lagi.
Artikel ini telah dialih kepada bahasa Melayu. Petikan asal Bernama
Teknologi
Facebook bertukar nama kepada META

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!