Agong usik MP Pembangkang, “Sila Duduk dan Jangan Lari!”

Kenyataan berseloroh YDP Agong menegur ahli parlimen pembangkang telah menggamatkan suasana Dewan Rakyat hari ini.

Aksi protes ahli parlimen pembangkang semalam mendapat ‘usikan diraja’ apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berseloroh apabila baginda menitahkan supaya semua Ahli Parlimen duduk dan tidak lari sebelum memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

“Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Usikan baginda sekali gus menceriakan suasana pagi pembukaan sidang Dewan Rakyat di kalangan semua ahli parlimen.

https://www.youtube.com/watch?v=UU9StEBj7Gg

Dalam titah baginda selepas itu, Sultan Muhammad V mahu supaya Ahli Parlimen yang dipilih menggalas tugas tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur serta penuh dedikasi.

Menurut baginda, pemilihan berkenaan adalah satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul dengan penuh wibawa.

Justeru, baginda percaya Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang dan dapat merangsang dinamik berfikir.

“Bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat serta dunia luar,” titahnya dalam ucapan.

Ahli-ahli Dewan Rakyat dari parti pembangkang bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang didakwa mereka tidak mengikut prosedur.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version