5 LAMAN E-DAGANG BERIMPAK TINGGI DI MALAYSIA

Wabak koronavirus mendorong peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka atas talian. Ia turut memberi impak yang positif terhad pengaliran wang kerana rakyat bebas mendapatkan barang keperluan mereka tanpa perlu keluar daripada rumah.

Kemuculan pandemik ini turut memaksa peniaga untuk menukar strategi pemasaran mereka akibat kekangan daripada sudut logistik.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh My Metro, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Consumption Union Global Technology Sdn Bhd, Samantha Koh berkata, susulan sekatan yang dijalankan terhadap urusan perniagaan dan menukar strategi pemasaran, ia turut ‘memaksa’ pasaran e-perdagangan untuk berganjak kepada 10 tahun ke hadapan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, aktiviti jual beli dalam talian turut mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), bermula Mac 2020.

Berikut merupakan 5 laman e-dagang berimpak tinggi di Malaysia (berdasarkan statistik yang dikeluarkan laman sesawang Statista pada suku pertama 2020, mengikut trafik bulanan):

1. Shopee

Sebanyak 27,273.3 juta klik telah direkodkan sepanjang suku pertama pada tahun 2020 menurut Statista, Shopee adalah pasaran e-dagang di Malaysia yang membantu menghubungkan antara pembeli dan penjual dalam proses transaksi untuk pembelian. Diasaskan oleh Forrest Xiaodong Li, Shopee yang pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan telah memperluas jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan Brazil. Kini, ianya diterajui oleh seorang anak muda, Chris Feng yang kini berpangkalan di Singapura.

Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Shopee. Kredit gambar: The Vulcan Post

Namun, apa yang menjadikan Shopee berbeza daripada Lazada adalah Shopee lebih menumpukan pada membeli-belah mudah alih (mobile shopping). Berbanding Lazada, Shopee mempunyai aplikasi mudah alih yang lebih baik daripada dengan rating 4.7/5 di dalam App Store milik Apple walaupun jatuh pada kedudukan No.2 bagi aplikasi membeli belah.

Website: https://shopee.com.my

Trafik bulanan: 27,273.3 juta

 

2. Lazada

 

Lazada mula ditubuhkan pada tahun 2011, Lazada adalah laman e-dagang yang popular bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ia berfungsi sebagai pusat membeli-belah dalam talian dan pasar untuk peruncit untuk menjual produk mereka sendiri dalam talian. Meskipun berada pada kedudukan No.1, rating Lazada hanya pada tahap 4.6/5 berbanding Shopee yang berada dikedudukan kedua kerana kestabilan laman e-dagang ini terletak pada paparan desktop dan bukan aplikasi mudah alih.

Sebanyak 12,320 juta klik direkodkan sepanjang suku pertama tahun 2020 menurut Statista.

Jack Ma, Pengasas Alibaba. Kredit gambar: Liputan 6 Indonesia

Lazada yang telah dibangunkan oleh Rocket Internet kini telah dimiliki oleh Alibaba pada bulan April 2016 ketika dengan membeli 51 peratus saham Lazada dengan harga $ 1 bilion dan kemudiannya menambah $ 1 bilion lagi untuk meningkatkan ekuitinya menjadi lebih kurang 83 peratus. Sehingga tahun 2018, Alibaba telah melabur $ 4 bilion untuk “merancakkan lagi pertumbuhan” dan membantu Lazada sejajar dengan perkhidmatan e-dagang utama Alibaba.

Website: https://lazada.com.my

Trafik bulanan : 12,320 juta

 

3. PG Mall

Ditubuhkan pada tahun 2017, PG Mall adalah buah fikiran daripada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, yang bercita-cita untuk mengembangkan dan mendorong jenama tempatan untuk dibawa ke peringkat global di bawah model perniagaan Sharing Economy yang unik.

Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas PG Mall. Kredit gambar: The Borneo Post

Pada suku pertama 2020, direkodkan sebanyak 1,688 juta klik telah direkodkan mengunjungi laman e-dagang ini. Namun, fokus laman e-dagang ini hanya pada paparan desktop dan tidak pada aplikasi mudah alih kerana kini ianya berada pada kedudukan 62 di dalam App Store.

Website: https://pgmall.my

Trafik bulanan: 1,688.5 juta

 

4. Lelong

 

Sebagai perintis bagi pasaran e-dagang Malaysia, Lelong wujud lebih lama daripada Lazada, 11Street dan Shopee. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dan pernah menjadi platform e-dagang terbesar di Malaysia. Bermula semasa ledakan era dotcom global pada tahun 2000 tetapi mampu bertahan sehingga kini dan pada hari ini laman webnya adalah laman lelongan dalam talian No.1 di Malaysia.

Pengasas Lelong.com.my , Richard Tan. Kredit gambar: Liveatpc.com

Walaupun kini statusnya telah jatuh sebagai laman web e-dagang teratas, Lelong masih berada di antara lima pasaran e-dagang teratas dengan jumlah trafik sebanyak 1,122.5 juta klik pada suku pertama tahun 2020.

Seperti platform e-dagang lain, Lelong juga memperoleh keuntungannya dengan mengenakan komisen kepada penjual setiap kali penjualan dibuat.

Website: https://www.lelong.com.my 

Trafik bulanan : 1,122.5 juta

 

5. Zalora

Zalora yang ditubuhkan oleh Rocket Internet pada tahun 2012 telah meluaskan empayar perniagaannya sebagai laman web e-dagang terbesar dan berkembang pesat di Asia Tenggara (SEA) dengan pengkhususan dalam bidang fesyen.

Syarikat e-dagang yang berpangkalan di Jerman ini turut mempunyai simpanan tunai sekitar € 2bil (RM9.16bil), sama seperti tahun lalu, menunjukkan bahawa ia tidak membuat pelaburan besar menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rocket Internet, Oliver Samwer.

Ia berfungsi sebagai platform bagi jenama fesyen untuk menjual produk mereka secara dalam talian kepada pelanggan yang mengunjungi laman web Zalora. Berada pada kedudukan kelima bagi laman e-dagang berimpak tinggi, Zalora telah dikunjungi sebanyak 1,106.7 juta klik oleh pengguna laman e-dagang tersebut.

Website: https://www.zalora.com.my/ 

Trafik bulanan: 1,106.7 klik

 

Semua 10 laman web e-dagang teratas di Malaysia yang disenaraikan di atas mempunyai versi aplikasi web dan mudah alih. Bagaimana pula dengan anda? Di antara laman e-dagang yang tersenarai dan tidak tersenarai di atas, mana satu yang menjadi pilihan anda?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version