Connect with us

dunia

Teh Tarik Malaysia Popular di Dunia

Published

on

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga kerana masyarakat didunia mengenali budaya kita terutamanya makanan dan minuman kebangsaan kita. #MalaysiaBoleh

7 Jenis Teh dari Berbagai Negara di Dunia, Mula dari Matcha, Teh Tarik, hingga Po Cha

Penulis dan Editor : Sinta Agustina
TribunTravel.com
7 Jenis Teh dari Berbagai Negara di Dunia, Mulai Matcha, Teh Tarik, hingga Po Cha
tripsavvy.com
Teh tarik di Malaysia

TRIBUNTRAVEL Teh menjadi minuman kegemaran bagi kebanyakan orang.

Tak hairan jika di beberapa negara terdapat tradisi minum teh yang selalu dilakukan setiap hari.

Jenis teh yang ada di dunia ini bermacam rasa, warna, tekstur,dan aroma yang bervariasi pula.

 

TribunTravel dari BuzzFeed, berikut adalah 7 jenis teh dari berbagai negara di dunia.

1. Matcha (Jepun)

(bonappetit.com)

 

2. Teh hitam (Inggeris)

(thehealthsite.com)

Teh hitam atau black tea biasanya disajikan dengan tambahan susu atau gula.

Namun bagi yang tak terlalu manis, teh hitam dapat disajikan begitu saja tanpa tambahan susu ataupun gula.

3. Po cha (Tibet)

(yowangdu.com)

Po cha atau teh mentega merupakan minuman teh di Tibet yang terbuat dari teh, garam, dan mentega .

Teh yang telah diseduh beberapa jam, kemudian disajikan dengan tambahan mentega dan garam.

4. Teh susu (Hong Kong)

(timeout.com)

Teh susu di Hong Kong memiliki rasa, warna, dan aroma yang lembut.

Disajikan dengan ais batu, teh susu diperbuat dari teh hitam dan susu yang pekat.

5. Bubble tea (Taiwan)

(hunterhunter.com.au)

Bubble tea atau teh gelembung merupakan minuman teh Taiwan yang berisi gelembung.

Bukan sembarang gelembung, gelembung pada bubble tea terbuat dari tepung tapioka.

6. Teh tarik (Malaysia)

(jewelpie.com)

 

Teh tarik terbuat dari teh hitam, gula, dan susu yang disajikan dalam keadaan panas.

Sesuai dengan namanya, teh ini dibuat dengan cara ditarik atau dituang menggunakan dua buah gelas.

7. Yerba mate (Argentina)

(bebrainfit.com)

Yerba mate merupakan teh hijau yang banyak digunakan di Amerika Selatan, salah satunya Argentina.

Dapat disajikan panas ataupun dingin, teh ini memiliki sensasi rasa sensasi berasap. (TribunTravel.com/Sinta Agustina)

Artikel dipetik daripada : Tribuntravel.com
Penulis: Sinta Agustina
Editor: Sinta Agustina

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

covid-19

Impak Pengangguran terhadap ekonomi Malaysia Pasca Covid-19?

Published

on

Adakah kita sudah bersedia? Bagaimana pula dengan persediaan negara dalam menghadapi pengangguran secara besar-besaran ini?

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: