Teknologi
SmartTag ditamatkan, selamat datang RFID
Diharapkan langkah ini dapat kurangkan kesesakan di plaza tol.

Tak berapa lama dulu, Touch ‘n Go mengumumkan yang mereka menamatkan servis selepas jualan untuk SmartTAG model OBU 330. Tapi hari ini mereka mengumumkan pula pemberhentian jualan peranti SmartTAG serta-merta. Ia adalah bagi memberi laluan kepada pengganti SmartTAG yang bakal dilancarkan iaitu RFID.
RFID adalah cara pembayaran elektronik untuk jaringan lebuh raya Malaysia yang memanfaatkan teknologi radio yang terkandung dalam sekeping pelekat.
Menurut mereka, kaedah ini lebih pantas kerana ia menggunakan gelombang radio berbanding inframerahl. Ini pastinya akan meminimumkan waktu anda di plaza tol.
Sepanjang tempoh program teraju, sebanyak 16 labuh raya akan menyediakan alat pembaca RFID di plaza tol masing-masing. Mereka adalah:
- KLK
- LDP
- LKSA
- GRANDSAGA
- GRANDSEPADU
- KESAS
- SILK
- MEX
- DUKE
- SMART
- NPE
- BESRAYA
- SPRINT
- LATAR
- AKLEH
- GCE
Bermula 3 September 2018, Touch n’ Go akan memulakan program teraju RFID dan akan mula mengedarkan pelekat RFID kepada pengguna-pengguna terpilih.

Contoh pelekat RFID
Beberapa kelainan ketara yang ada pada RFID berbanding Touch ‘n Go adalah:
- Satu RFID hanya boleh digunakan pada satu kenderaan sahaja kerana ia akan ditampal pada cermin kenderaan
- Satu RFID hanya boleh ditambat pada satu akaun Touch ‘n Go eWallet
- RFID hanya boleh dipasang oleh pihak yang ditauliahkan Touch ‘n Go
Berbeza dengan SmartTAG, anda boleh menggunakan peranti yang sama untuk setiap kenderaan. Masalah akan timbul jika anda miliki lebih daripada sebuah kereta kerana anda hanya boleh ada 1 akaun Touch ‘n Go sedangkan anda perlukan beberapa RFID yang hanya boleh ditambat pada satu akaun eWallet.
Walau apapun, jika anda ingin menjadi pengguna awal produk baru ini anda boleh mendaftarkan minat di laman rasmi mereka.
Teknologi
Facebook bertukar nama kepada META

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!