Connect with us

Percutian

Pulau di Malaysia ini akan membuatkan anda ingin terbang!

Published

on

Pulau Kapas, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar pantai dan pulau peranginan. Syurga tropika yang terletak di Marang, Terengganu ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang sememangnya unik dan mempesonakan. Ramai mengakui bahawa pulau ini adalah antara yang terbaik untuk dilawati ketika hujung minggu.

Bagi sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki di Pulau Kapas, pasti akan tertanya-tanya, “Apa yang istimewa sangat dengan pulau kecil ini?”

Pulau kapas 1

Bagi menjawab persoalan ini, lihat lima sebab di bawah:

1.Hanya 10 minit dari tanah besar

Pulau kapas 2 baru

Mungkin ada di antara anda yang selalu mengalami mabuk laut apabila perlu menaiki bot selama berjam-jam untuk ke sesuatu lokasi. Tetapi untuk ke Pulau Kapas, perjalanan bot hanya mengambil masa 10 minit dari tanah besar ke pulau.

Jadi, perasaan mabuk laut tidak mungkin terjadi dek kerana perjalanan yang terlalu singkat. Tak perlu risau lagi.

2.Air laut biru kehijauan jernih bak kristal

Pulau kapas 3

Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Memang cantik!

Malah, kecantikan air laut di sini setaraf dengan pulau-pulau popular lain di serata dunia. Buat apa pergi jauh-jauh kalau anda boleh dapat pengalaman yang sama di Pulau Kapas?

Pulau kapas 4

3.Lebih murah berbanding pulau lain

Pulau kapas 5 Baru

Yup!

Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Tiada satu pun resort atau hotel bertaraf 5 bintang. Semuanya lebih kepada chalet bajet.

Kalau nak lagi jimat, boleh juga stay di salah satu campsite di sini. Satu malam baru RM20! Campsite di sini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan macam-macam lagi. Oh, khemah juga disediakan.

Pulau kapas 6 Baru

Pulau kapas 7 Baru

4.Penuh dengan batu karang dan hidupan laut berwarna-warni

Pulau kapas 8

Snorkeling di Pulau Kapas adalah satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Tak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, snorkeling di kawasan pesisir pantai sudah memadai dan pastinya akan membuat anda terpukau.

Pemandangan bawah laut di sini dipenuhi dengan corals berwarna-warni dan ikan-ikan berenang keriangan. Senang cerita, bila dah start memang susah nak stop sebab lawa sangat!
Pulau kapas 9

Pulau kapas 10

5.Ada juga hiking, jungle trekking, dan cliff jumping!

Pulau kapas 11

Kalau snorkeling masih tak cukup, apa kata luangkan sedikit masa untuk menapak ke Bukit Singa dan Batu Berakit untuk aktiviti yang lebih adventurous.

Walaupun sedikit jauh, perjalanan sekitar 40 minit ke Bukit Singa, dan satu jam ke Batu Berakit sememangnya berbaloi kerana anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan sebaik tiba di sana.

Di Batu Berakit juga, anda boleh lakukan aktiviti cliff jumping! Ehem, bagi yang berani sahaja ya.

Pulau kapas 12

Pulau kapas 13

Kredit: The Vocket

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Percutian

Taman Tema Genting SkyWorlds dijangka buka menjelang pertengahan 2021

Published

on

By

Resorts World Genting mengumumkan syarikat itu sedang melengkapkan peringkat akhir taman tema SkyWorlds yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Logo rasmi taman tema telah didedahkan pada 23 Februari 2020. Taman tema SkyWorlds dijangka buka pada pertengahan tahun 2021.

26 jenis ‘rides’ dan tarikan.

Resorts World Genting telah melabur lebih RM3.23 bilion (USD 800 juta) untuk taman tema ini. Taman tema baru ini boleh memuatkan sehingga 20,000 pelancong di atas tanah seluas 26 ekar.Namun, langkah-langkah keselamatan akan diambil, dan bilangan pengunjung taman tema akan dikawal.

Pengunjung taman tema ini boleh menikmati ‘rides’ dan tarikan bertaraf dunia dari Ice Age, Night at the Museum, dan Planet of the Apes.

Foto Kredit: Bloximages

9 filem dan pengembaraan yang diilhamkan ‘Worlds’

Setiap taman tema atau dikenali sebagai ‘World’ akan mempunyai pengalaman yang tentatif yang disesuaikan dari adegan filem. Antara ‘Dunia’ yang ada ialah Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic, dan Rio. Terdapat juga kedai dan restoran bertema untuk melengkapkan imaginasi anda.

Foto Kredit: Malay Mail

Rasa teruja? Jom kita hidupkan kembali keseronokan zaman kanak-kanak kita apabila Genting SkyWorlds dibuka!

 

Artikel ini telah dialih kepada bahasa Melayu. Petikan asal Goodymy.com

Continue Reading

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

Percutian

Asingkan diri anda sambil menikmati udara segar di tempat-tempat percutian ini

Published

on

By

Dalam masa enam bulan ke depan, kita perlu membiasakan diri dengan cara kehidupan baru yang perlu kita lalui bersama. Penjarakan sosial adalah amat penting untuk mengelakkan wabak COVID-19 daripada terus menular walaupun setelah tamatnya PKP nanti.

Bekerja daripada rumah dan berniaga secara online pastinya akan lebih diutamakan sehingga wabak COVID-19 benar-benar berakhir. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah penat, lemas, tidak cukup menghirup udara segar kerana terlalu lama berkurung di rumah?

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 10 Mei 2020 bahawa perhimpunan sosial terutama semasa raya dapat dilakukan di bawah 20 orang pada waktu-waktu tertentu.

MKN juga telah mengumumkan hotel dapat dibuka tertakluk kepada pelaksanaan SOP yang ketat, seperti jarak sosial, pemeriksaan suhu, keperluan pembersihan dan pembasmian kuman.

Mungkin percutian di dalam negara adalah idea yang terbaik setelah tamatnya PKP. Di Malaysia terdapat banyak tempat percutian yang berhampiran dengan kota tapi lokasinya dihiasi dengan keindahan alam yang sangat indah dan menenangkan. Jika kita mengamalkan penjarakan sosial dengan betul, mungkin kita boleh meneruskan kehidupan dengan norma kehidupan baru yang lebih santai dan menyeronokkan.

Jom saya kongsikan 3 tempat menarik yang mungkin anda boleh pergi setelah tamatnya PKP, beriadah sambil mengekalkan penjarakan sosial anda.

Bagi mereka yang berada di KL, Selangor dan Pahang, antara 3 tempat ini mungkin anda boleh pergi dalam tempoh terdekat ini kerana PKPB sehingga 9 June 2020 hanya membenarkan kita keluar tidak melepasi sempadan negeri.

1. Bukit Tabur Retreat

Terletak hanya 20km dari pusat bandar memudahkan anda melarikan diri dari hiruk pikuk Kuala Lumpur! Bukit Tabur adalah tempat di mana anda dapat melihat flora dan fauna yang begitu cantik sekali! Ia hanya 200 meter dari laluan mendaki Bukit Tabur sebelah barat. Oleh itu, anda akan dapat melihat matahari terbit dari puncak bukit yang sangat indah!

Selain berhampiran dengan ‘Klang Gates Quartz Ridge’ yang terkenal, terdapat beberapa tarikan menarik yang berada di sekitarnya. Antaranya ialah: Air terjun, Zoo Negara 10 minit jarak memandu, KLCC 15 minit jarak memandu, dan ATV Adventure Park, Kemensah 10 minit jarak perjalanan.

Nikmatilah angin pagi dan malam yang segar untuk mengaktifkan minda dan menenagkan jiwa anda.

Alamat: Bukit Tabur Retreat, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur


2. Ruang at Janda Baik

Ruang at Janda Baik merupakan ‘homestay’ yang cukup unik. Ia adalah tempat percutian eko-perindustrian yang agak lusuh dan bergaya eksentrik. Hanya sekitar 40 minit perjalanan dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Genting Premium Outlets.

Kediaman yang selesa di vila gaya terbuka ini dikelilingi oleh alam semula jadi, terdapat kolam ikan di bahagian depan vila dan sungai di bahagian belakang. Terdapat banyak ‘port’ yang menarik, sangat sesuai jika anda suka bergambar.

Sumber: FB Ruang at Janda Baik

Tempat ini tidak mempunyai WiFi jadi ia mendorong anda untuk mengimbau kembali zaman 90-an tanpa internet. Dengan ‘review’ yang baik, tempat juga menarik, pasti terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Alamat: 13, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang


3. Green Villa Resort

Nikmati hutan hujan tropika yang subur di Hulu Langat dengan jarak 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Kombinasi ideal persekitaran alam semula jadi dan masih berhampiran dengan bandar, tempat penginapan yang sederhana dan selesa, 36 bilik dengan 150 tempat tidur dengan pancuran air panas, dewan perkahwinan, bilik latihan, aktiviti dalaman yang menarik, aktiviti luar yang mencabar dan menarik di resort ini.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini. Antaranya ialah barbeku, merentas desa, ‘Jungle Trekking’, ‘Waterfall Trekking’, pengembaraan hutan, ‘Night Walk’, Program Survival, sukaneka, ‘fish feeding’ dan memancing. Disini juga terdapat kolam semula jadi yang cantik.

Bagi keluarga yang gemarkan aktiviti luar, Green Villa Resort amat sesuai untuk anda. 🙂

Alamat: PT 1-A, Jalan Hulu Langat, Kampung Hulu Perdik, 43100 Hulu Langat, Selangor

Kita tidak boleh melancong ke luar negara tetapi kita boleh melancong di dalam negara. Ianya sukar dan berisiko untuk kita pergi ke luar negera sekurang-kurangnya sehingga vaksin telah dijumpai dan diedarkan, dianggarkan dalam 12 hingga 18 bulan dari sekarang. Oleh itu, semua orang akan berebut untuk menempah percutian dalam negara. Jadi jom tempah SEKARANG!


Dengan semua norma kehidupan baru yang perlu kita biasakan, marilah sama-sama meneruskan perjuangan memerangi penularan wabak COVID-19!

#KitaJagaKita

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com