Projek Kereta Nasional Ketiga Malaysia Bakal Dibantu Oleh Nissan Dan Toyota

Bermula dengan sekadar buah fikiran, nampaknya perlaksanaan projek kereta nasional ketiga ini bakal menjadi realiti berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Menyoal daripada segi pembaharuan yang bakal dibawakan, Tun Mahathir baru-baru ini turut mengumumkan projek kereta nasional terbaru ini bakal turut bekerjasama oleh syarikat automotif terkenal Jepun seperti Nissan dan Toyota.

Pengumuman itu dibuat apabila beliau membuat lawatan ke bandar Fukuoka, Jepun selama 4 hari (6 hingga 9 Ogos 2018).

Difahamkan idea untuk melaksanakan projek ini hadir ketika Tun Matathir melawat ke Negara Jepun pada bulan Jun lalu bagi menyertai persidangan Nikkei yang ke-24. Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, projek kereta nasional ketiga ini bakal dijalankan seawal 2020.

Penawaran syarikat kereta nasional terbaru ini dikatakan bakal membantu pengguna mendapatkan kereta mampu milik dengan penyertaan teknologi dan sensor terbaru. Selain itu, projek ini sekaligus bakal meningkatkan bilangan pengguna menggunakan kereta tempatan sebelum menembusi pasaran luar.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version