Pembeli panik punca roti gardenia semakin ‘pupus’

https://media.malaysiaboleh.com/2020/03/Gardenia.mp4
Sumber: Resepi Gardenia Supporters Club – GSC

Roti gardenia di pasaraya dan kedai runcit semakin pupus akibat daripada kerakusan pembeli panik.

Walaupun pengeluaran gardenia adalah ditahap maksimum tetapi tetap tidak dapat menyelesaikan masalah ‘kepupusan’ roti gardenia ini sehinggakan terdapat netizen yang memuat naik di laman twitternya dengan melelong roti gardenia pada harga RM699 nego tipis hanya untuk serious buyer Haha!

Mungkin roti gardenia juga perlu di catu oleh penjual. Satu keluarga satu roti. Agar usaha ini dapat menyelesaikan masalah ‘kepupusan’ roti gardenia di kedai-kedai berhampiran kita.

Dan kepada pembeli panik di luar sana, sebelum membeli, ingatlah orang lain juga. Kita sama-sama berjuang untuk menghentikan penularan COVID-19 ini, jadi kita perlu bekerjasama dalam pelbagai aspek agar Malaysia akan tetap harmoni.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version