Op Selamat: Johor Catat 25 Kematian Setakat Semalam

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata angka itu merupakan penurunan sebanyak 16 kes berbanding 41 kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama pada Op Selamat 11/2017.

“Sebanyak 2,925 kemalangan direkodkan di negeri ini bagi tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata sepanjang 14 hari itu polis turut mengeluarkan 21,658 saman kepada pesalah trafik.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya penguatkuasaan kali ini adalah terhadap enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, memotong barisan dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu,” katanya.

Selain itu katanya polis turut menjalankan beberapa siri operasi bersepadu di beberapa kawasan terutamanya di jalan persekutuan, jalan negeri dan juga di terminal-terminal bas.

Beliau berkata hasil daripada operasi yang dijalankan, polis melakukan empat tangkapan termasuk individu yang dikehendaki.

Op Selamat 13/2018 yang dijalankan di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri itu berakhir hari ini. – BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version