Majlis angkat sumpah 15 lagi anggota Kabinet baharu pada 2 Julai

KUALA LUMPUR: Istiadat mengangkat sumpah baki 15 jemaah menteri Kabinet dan timbalan menteri akan diadakan pada 2 Julai nanti, kata pihak Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menjelaskan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V telah menerima senarai menteri dan timbalan menteri daripada pejabat perdana menteri pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama Menteri Kabinet tersebut telah diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Wah Ahmad Dahlan juga menggesa media agar tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang Di-Pertuan Agong.

Setakat ini, 14 menteri sudah dilantik dalam barisan awal Kabinet yang mengangkat sumpah pada 22 Mei lepas.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinetnya akan dianggotai 29 menteri. – Astro Awani

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version