KLCC Teruskan Projek Binaan Tambahan

KUALA LUMPUR — KLCC (Holdings) Sdn Bhd akan meneruskan pembangunan di kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) kerana keadaan semasa pasaran hartanah tidak menjejaskan projek-projek syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Hashim Wahir yang menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan pagi ini berkata projek binaan tambahan KLCC dikategorikan sebagai pembangunan jangka sederhana.

“Majlis itu mahu mengetahui tentang pembangunan sekitar kawasan KLCC, status (projek tersebut) dan mereka sangat bimbang dengan keadaan bekalan ruang pejabat dan perniagaan di Kuala Lumpur.

“Terdapat tender yang telah diberikan dan ada yang belum diberikan, jadi pada asasnya, kami perlu membawanya kepada Lembara Pengarah untuk membuat keputusan bermaklumat yang memberi kesan kepada aspek komersial,” katanya.

Hashim menjelaskan syarikat itu akan menilai dengan teliti daya maju komersial dan situasi pasaran dan menyatakan bahawa ia sedar tentang senario pasaran semasa.

“Kadar penghunian pejabat kami ketika ini adalah seratus peratus dan kami juga bertanggungjawab memastikan KLCC dibangunkan,” katanya sambil menambah binaan tambahan itu hanya akan selesai pada 2020 atau 2021. — BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version