Kisah Duit Syiling

Duit Syiling ada nilai

Pada zaman ini, tidak ramai orang menghargai nilai duit syiling, tetapi pada zaman dulu, syiling banyak digunakan untuk membayar toll, beli aiskrim , beli makanan dikantin , dan boleh dikatakan syiling masih lagi mempunyai nilai.Ramai yang sentiasa mempunyai keazaman untuk menabung setiap bulan, tetapi hakikatnya azam tersebut jarang sekali dapat dicapai.

Syiling tetap ada nilai.

Ini adalah kisah menabung dengan wang syiling  RM0.10, RM 0.20, Rm.0.50 ,dan wang kertas RM1 – kerana menyimpan syiling lebih mudah dan wang kertas RM1 tidak besar nilainya. Jadi, walaupun simpanan nampak sedikit, tetapi sekurang-kurangnya usaha untuk menabung berbaloi berbanding menunggu wang yang banyak untuk mula menabung.

Duit syiling nampak sedikit, tetapi bila dikumpul dari hari ke hari tanpa sedar anda akan memperolehi jumlah yang sangat banyak. Buatlah seperti zaman kanak-kanak dahulu, mak ayah bagi duit RM0.50 sen, RM0.20 sen tersebut disimpan dalam tabung. Tanpa disedari, simpanan duit syiling ini sebenarnya sering bertambah dan merupakan amaun yang banyak setiap kali anda mengosongkan tabung (buat pengiraan).

Apabila wang syiling  telah penuh, pastikan anda membuat simpanan terus ke bank. Jika menangguhkan simpanan atau menukarkan syiling kepada wang kertas yang bernilai lebih besar, kemungkinan anda akan membelanjakan wang-wang tersebut.

Hanya satu cara iaitu dengan mendisiplinkan diri kerana memang penting untuk anda sentiasa menabung. Tetapkan matlamat semasa menabung walaupun dengan wang syiling. Sentiasa motivasikan diri untuk menabung !

Walau kecil mana pun nilai syiling, ianya tetap ada nilai. Lebih bernilai jika berkumpal sebanyak mungkin.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version