Connect with us

Belia

Keseimbangan hidup cetus kebimbangan generasi milenial

Published

on

Belia

Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Published

on

By

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa

Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.

“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.

Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.

Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.

Sumber: Kosmo Online

Continue Reading

Belia

Tidak kenal erti putus asa, pemuda autisme terus mengejar cita-cita untuk menjadi doktor

Published

on

By

Pemuda autisme yang didiagnos ‘asperger syndrome’  tidak menjadikannya batu penghalang dalam usaha beliau mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Kay Foad mengatakan bahawa anaknya mahu menjadi seorang doktor kerana ingin mencari penawar bagi penyakit yang dihidapinya.

“People always bullied, look down on me and said that I’m stupid and awkward . I want to show to them that I am not that stupid mummy. I want to know and learn about myself and I want to find a cure for my condition”. Kata anaknya yang kini berusia 28 tahun.

Ibunya yang merupakan seorang bekas guru sentiasa menyokong apa sahaja cita-cita dan minat anaknya.

“Alhamdulillah, sudah enam bulan dia mengikuti housemanshipnya. Persekitaran dan rakan sekerja sangat membantu”. Tambah ibunya lagi.

Tidak meletakkan harapan tertentu, ibunya hanya ikut ‘flow’ sahaja kerana tempoh housemanshipnya masih panjang iaitu selama dua tahun.

Tidak seperti penghidap ‘asperger syndrome’ yang lain, ciri-ciri tersebut tidak ketara pada anaknya. Ketika kecil, anaknya seorang kanak-kanak yang hiperaktif namun mempunyai ‘speech delay’, kurang kontak mata dan agak perlahan dalam pembelajaran. Kay Foad sanggup berhenti kerja apabila anaknya berusia 10 tahun demi memberi tumpuan penuh pada anaknya.

Keputusan SPM anaknya yang cemerlang benar-benar membuktikan
kukurangan diri bukanlah penghalang.

Dulu, kertas peperiksaannya sering gagal. Mengikut kehendak anaknya, Kay Foad dan suami mengupah guru tusyen untuk mengajarkannya setiap mata pelajaran. Kay Foad tidak menyangka perkongsian tentang anaknya di Facebook Autisme Malaysia mendapat perhatian.

Dia mengakui, mengambil masa untuk membuat keputusan berkongsi tentang anaknya, yang kini telah menjadi bukti anak autisme juga boleh berjaya seperti yang lain. Jauh sekali inginkan perhatian tetapi lebih kepada perkongsian kerana masih terdapat segelintir ibu bapa yang bersikap ‘denial’ terhadap keadaan anak mereka.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi sokongan terhadap apa jua minat anak-anak. Tidak kira apa jua status, selagi ada ruang, jangan berputus asa terhadap mereka. Kejayaan bukanlah ukuran tetapi perjuangan kami adalah untuk kehidupannya di masa hadapan”. Tambahnya lagi.

 

Continue Reading

Belia

DILEMA ANAK MUDA B40 TENTANG ISU PEKERJAAN

Published

on

Siri ketiga dan terakhir wawancara khas bersama SOLS 24/7 bersama MalaysiaBoleh.com telah membincangkan isu dilema anak muda B40 khususnya tentang isu pekerjaan dan bagaimana program yang dijalankan oleh SOLS 24/7 dalam usaha meningkatkan kualiti bakal pekerja ini.

Jom kita tonton! #malaysiaBoleh #sols247 #belia

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com