Kredit Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Apakah agaknya sebab Sultan melantik Onn Hafiz?
Pertama sekali, Onn Hafiz adalah seorang ADUN BN jadi beliau sebenarnya boleh meraih sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan negeri BN yang memenangi pilihan raya negeri Johor dengan dua per tiga majoriti.
Beliau juga bukan calang-calang orangnya, kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan exco pelancongan, belia dan sukan negeri Johor.

Kredit Foto: Blogspot Pelajar Politeknik Nilai
Dari segi keturunan pula beliau adalah cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Jaafar Muhammad, cicit kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar, cucu kepada Perdana Menteri ke tiga, Hussein Onn.
Beliau datangnya daripada keluarga yang sangat berpengalaman dalam hal-ehwal pentadbiran, khususnya di negeri Johor. Secara mudahnya, beliau merupakan anak jati Johor.
Ke dua, kita perlu fahami konteks situasi politik di negara ini. Menurut Murray Hunter seorang penganalisis politik di dalam artikelnya di FMT News, BN yang sekarang ini diterajui oleh UMNO sebenarnya dipengaruhi dan dipimpin “kluster mahkamah”. Jadi Hasni Mohammad sebenarnya adalah calon yang disyorkan oleh kluster mahkaman tersebut.

Kredit Foto: Airtimes
Walaupun BN memenangi pilihanraya negeri Johor, kita harus ingat bahawa peratusan keluar mengundi sangatlah rendah sebanyak 55% sahaja. Secara teknikalnya, BN menang besar, tetapi realitinya?

Kredit Foto: Iluminasi Farhan Najib Yusoff
Umum mengetahui rakyat sudah muak dengan isu-isu rasuah dan berat hati untuk mengundi. Jika undi pembangkang, politik tidak stabil. Jika undi BN, kluster mahkamah pula bermaharajalela.
Jelas di sini, bahawa walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak semestinya sistem ini tiada kelemahan.
Semasa situasi bergolak politik negara, Istana memainkan peranan yang penting sebagai benteng kestabilan terakhir dalam sistem pentadbiran negara. Jadi institusi raja kita sangat mustahak untuk menjadi panduan dan semak imbang kepada percaturan golongan ahli politik.
Hujah ini menjawab persoalan terakhir.
Apakah situasi seperti ini pernah belaku sebelum ini?
Perkara ini tidak asing lagi dan pernah berlaku di Perlis, Selangor dan Terengganu. Contoh yang paling baik adalah ‘langkah kajang’ pada tahun 2014.
Disebabkan percaturan politik PKR dan Rafizi Ramli untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pengaruh isteri beliau Wan Azizah yang disyorkan parti sebagai Menteri Besar Selangor, Sultan Selangor pada ketika itu telah menghentikan percaturan ini dengan melantik Azmin Ali.

Kredit Foto: Astro Awani
Sejarah dan kuasa kesultanan Johor
Perkara terakhir yang perlu difahami adalah kuasa kesultanan Johor dan negerinya yang bersifat bebas. Tidak seperti negeri lain, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah empayar yang berdaulat.

Kredit Foto: Berita Harian
Jadi terma dan syarat Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu adalah lain dan datangnya dari kedudukan yang lebih berkuasa. Antara syaratnya adalah Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
Kerana itu, secara tradisi dan budayanya politiknya, kesultanan negeri Johor lebih berpengaruh dalam hal-ehwal pentadbiran negeri Johor.

Kredit Foto: Twitter Antugigi
Menurut Dr. Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, dalam sistem kerajaan negeri, Sultan Ibrahim merupakan pemerintah tertinggi dan kuasa pentadbiran harian diserahkan kepada pembesar yang dilantik.
“…Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.”, katanya.
Kesimpulanya, yang paling penting di sini, sistem pentadbiran negara yang mempunyai semak imbang sangat penting untuk menjamin tadbir urus atau governance yang berkesan demi kebaikan rakyat.
Dalam hal ini, institusi raja telah memainkan peranan mereka menyemak imbang sebuah parti politik yang, walaupun memenangi pilihan raya negeri Johor, masih mempunyai banyak kelemahan.