“I Ada Hadiah Untuk You, Yang” – Iklan Raya Lazada ini Buat Netizen Terhibur

 

Kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadan, ada stesen radio yang mula memainkan lagu-lagu raya manakala di media sosial pula, ada beberapa syarikat gergasi yang telah menayangkan iklan raya 2018. Antaranya ialah Astro Gempak, Yeos, Habib dan Lazada. Selain itu ada beberapa syarikat lain juga turut memeriahkan lagi iklan raya seperti Traveloka, Mudah.My dan Siakap Keli yang trending di Youtube.


Namun ada satu iklan raya yang sangat ‘rare’ pendekatannya walaupun tujuan sebenarnya dapat difahami sebagai menjenamakan jenama tersebut. Tidak lain tidak bukan iklan Lazada dengan tajuk ‘Buah Hati Raya’.


Menggunakan sepasang suami isteri warga mas yang sedang membuat persiapan raya, Lazada ternyata menyuntik kelainan dengan aspek romantis dan energetik warga mas tersebut, satu kelainan yang boleh dipuji. Dengan panggilan ‘Yang’, ‘You dan I’ serta gelagat mesra pasangan menarik perhatian penonton.

 

Ya! Ramai yang bersetuju bahawa iklan raya ini sangat comel, siap dengan si isteri menggunakan gerakan yang tular dalam kalangan budak-budak seperti ‘dab’ dan sebagainya.

Nama pun iklan, jadi mempersoalkan kelogikan bukanlah sesuatu yang terlalu penting, asalkan mesejnya sampai. Dan inilah yang membuatkan iklan ini sangat comel.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan iklan daripada syarikat gergasi yang lain pula. Barulah meriah raya.

Sumber: CARI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version