Teknologi
HARI INI DALAM SEJARAH: Selamat hari jadi Modenas Jaguh, motosikal cruiser pertama buatan Malaysia!
Published
5 years agoon
By
Amy Ismail

Model motosikal cruiser pertama Malaysia ini masih lagi popular dikalangan penggemar kelas cafe racer untuk diubahsuai. Kredit gambar: Arena Permotoran
Pada tarikh 19 Julai 1999, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd atau Modenas telah melancarkan Modenas Jaguh, motosikal jenis cruiser yang seumpamanya di Malaysia.
Direka cipta untuk memenuhi keperluan peminat motosikal berkuasa tinggi, Jaguh ketika itu menjadi satu lagi bukti keupayaan Modenas mengeluarkan jentera buatan tempatan selepas pelancaran model pertamanya, Modenas Kriss 110 pada 1996.
Model berkenaan disasarkan kepada peminat motosikal di Malaysia yang ingin memiliki model motosikal cruiser Amerika yang ketika itu masih terlalu mahal, maka reka bentuk Jaguh diinspirasikan daripada beberapa model cruiser popular seperti Yamaha Virago dan Kawasaki Eliminator 125.

Tun Mahathir cuba menunggang motosikal Jaguh selepas majlis pelancaran motosikal kedua negara itu di Gurun, Kedah. Kredit gambar: Utusan Online
Rekaan cruiser ini dibuat dengan tempat duduk yang rendah, untuk penunggangan yang selesa dan pemberhentian yang stabil.
Motosikal empat lejang dengan enjin 175 cc ini mampu memecut sehingga 140 km/j, menjadikannya motosikal cruiser tempatan pertama yang turut mendapat sambutan menggalakkan di luar negara.

Antara contoh modifikasi Modenas Jaguh yang diinspirasikan daripada Triumph Thunderbird. Kredit gambar: Drebar.my
Terbaru, sebagai langkah mempelbagaikan lagi barisan produk keluarannya, Modenas dengan kerjasama Bajaj Auto dari India telah melancarkan satu model sportbike dengan penampilan retro, Modenas V15 pada tahun lepas.
Rekabentuk retro Modenas V15 juga dilihat memberi ‘penghormatan’ kepada ‘abangnya’, Modenas Jaguh yang sehingga kini masih lagi popular di kalangan penggemar motosikal jenis ‘cafe racer’.

Gaya retro Modenas V15 mengingatkan peminat motosikal cafe racer kepada abangnya Jaguh. Kredit gambar: Paul Tan
You may like
-
Thaqif’s journey as a Cambridge student and how you can get there too
-
PM berharap Keluarga Malaysia membudayakan amalan kelestarian
-
Saga MB Johor Siri II: Sistem raja menyemak imbang percaturan politik, baik untuk rakyat
-
Saga MB Johor Siri I: Sultan berkuasa melantik menteri besar Johor
-
Pandangan orang dalam terhadap kejatuhan kerajaan Barisan Nasional
-
A career in politics can save a nation

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!