Komunikasi
GUNA MEDIA SOSIAL SECARA POSITIF

Komunikasi
ELAKKAN BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERITA PALSU!

Malaysia sedang berlawan dengan wabak yang sangat ganas. Adalah lebih baik untuk kita tidak mengeruhkan lagi keadaan di Malaysia. Elakkan berkongsi maklumat dan berita palsu. Jangan sebarkan maklumat yang tidak sahih.
Kredit Foto: Instagram KKM
Tingkatkan kawalan kendiri terhadap kandungan dan maklumat yang dikongsi. Banteras berita palsu dengan bertindak tegas dan laporkan segera kepada pihak berkuasa.
#kitajagakita
#malaysiaboleh
Komunikasi
SISTEM E-DAGANG MALAYSIA, BERTARAF ANTARABANGSA?

“Beberapa tahun yang lalu, tidak dapat dibayangkan orang-orang menaiki kereta orang asing tetapi sekarang e-hailing sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita sekarang. Oleh itu, pada waktunya, saya membayangkan sebuah dunia di mana orang dapat membeli barang terpakai sebagai pilihan semula jadi, lebih bijak dan lebih bermakna. ” – Tang Siew Wai, Carousell Malaysia.
Kini, laman e-dagang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ekosistem sedia ada telah mampu untuk membantu usahawan-usahawan e-dagang untuk terus bersaing dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada semua pelanggan.
Kemunculan laman e-dagang milik anak tempatan turut bertaraf antarabangsa seperti Lelong, Fashion Valet, Dego Ride, iMoney Group, Dropee, Hermo dan banyak lagi.
Apa pula pendapat anda?
Belia
SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.
Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.
Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.
Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.