GIRL POWER! Apabila Komunikator Sains Terbaik Dunia bertemu Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia..

PUTRAJAYA 24 JULAI 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sijil penghargaan kepada Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah selepas berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa setelah dinobatkan juara dunia dalam pertandingan Famelab International 2018 ketika menerima kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengikitirafan Dr Siti Khayriyyah sebagai komunikator sains terbaik dunia dilihat berjaya mengangkat martabat wanita di Malaysia. Kredit gambar: NST Online

Kejayaan Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah yang dinobatkan sebagai komunikator sains terbaik dunia Jun lalu mendapat penghargaan daripada kerajaan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyatakan kejayaan Dr Siti Khayriyyah membanggakan dan membuktikan keupayaan rakyat Malaysia, terutamanya golongan wanita untuk bersaing di persada antarabangsa.

Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima kunjungan Dr Siti Khayriyyah Myang berkhidmata yang mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Komunikator Sains Terbaik Dunia, di Perdana Putra di sini.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM) ini dinobatkan sebagai Komunikator Sains Terbaik Dunia dalam pertandingan FameLab International 2018 yang berlangsung di United Kingdom.

Pertandingan antarabangsa Fame Lab ini diadakan untuk menarik minat orang ramai terhadap topik sains dan teknologi yang umumnya sering dianggap sebagai rumit dan membosankan. Kredit gambar: NST Online

Pertandingan tersebut menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami khalayak dalam tempoh tiga minit sahaja.

Pensyarah yang juga ibu kepada dua orang anak ini telah menewaskan 11 finalis lain untuk memenangi anugerah berkenaan menerusi pembentangan penyelidikannya mengenai penggunaan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tuberculosis (TIBI) atau batuk kering yang bertajuk ‘To Find a Hidden Killer’ (Mencari Pembunuh Tersembunyi).

Siti Khayriyyah ketika ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan itu berharap kejayaannya menjadi inspirasi kepada golongan wanita negara ini untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang dan menjadi perangsang untuk rakyat Malaysia mengenali komunikasi dalam sains dengan lebih dekat.

“Tanpa komunikasi yang baik masyarakat tidak akan mengenali sains apa lagi menunjukkan minat,” katanya.

Berikut adalah pembentangan Dr Siti Khairyyah yang melayakkan beliau dinobatkan komunikasi sains terbaik dunia;

SaveSave

SaveSave

SaveSave

SaveSave

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version