DRON GERGASI KARGO: DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA PADA KETIKA INI?

Kemunculan cargo drone atau dron gergasi kargo sebagai salah satu medium penghantaran mungkin dapat mengatasi kekangan logistik bagi kawasan yang sukar untuk ditembusi melalui jalan darat mahupun air. Penggunaan dron telah terbukti membantu daripada segi kelestarian  sesebuah kawasan serta memastikan alam sekitar kekal mampan.

Bagaimana pula dengan syarikat perkhidmatan penghantaran dan e-dagang yang terlibat secara langsung dengan pembangunan dron ini?

UPS, Amazon, Google, DHL dan banyak lagi syarikat penghantaran dan e-dagang antarabangsa telah mula menerokai penggunaan dron secara meluas dan teratur. Namun, syarikat-syarikat ini masih lagi dalam tempoh percubaan dan hanya terhad kepada barangan yang kecil dan ringan kerana dron-dron ini masih tidak mampu membawa bebanan yang berlebihan.

Dron penghantar barangan. Kredit foto: DHL

Syarikat seperti Sabrewingair dan Natilus sebagai contoh telah mula merekabentuk dron yang bersaiz besar bagi menampung bebanan barangan dan mampu pergi lebih jauh daripada dron yang ada pada masa kini tetapi ianya masih lagi diperingkat percubaan.

Penggunaan dron kargo berskala besar memerlukan penelitian dengan lebih lanjut kerana saiznya turut mempengaruhi keadaan geografi dan muka bumi setempat yang ingin diterokai. Sekiranya ianya terlalu besar, adakah ianya solusi yang praktikal atau sebaliknya. Keadaan trafik udara semasa turut sesak pada ketika ini. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian kerana laluan udara yang melebihi 30,000 kaki turut menjadi laluan kapal terbang komersial mahupun kapal terbang kargo.

 

 

Setakat ini, perkhidmatan penghantaran logistik melalui jalan udara (air freight) di Malaysia masih lagi bergantung kepada penggunaan kapal terbang kargo. Masih belum ada syarikat penghantaran tempatan yang mengusahakan atau menggunakan cargo drone sebagai alternatif, termasuklah Pos Malaysia.

Meskipun terdapat banyak syarikat di Malaysia yang kini secara langsung mengusahakan projek berkaitan dron, namun ianya masih menjadi tanda tanya sejauh mana kita telah berada dalam arena pembuatan dron ini.

Adakah kita akan dapat melihat perkembangan terbaru industri penghantaran ini di sebelah tingkap apartment tidak lama lagi? Atau kita sebenarnya perlu menunggu 10-20 tahun lagi?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version