Covid-19: Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion demi rakyat

27 Mac 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

“Daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini”. – kata Perdana Menteri

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind”.

Tan Sri muhyiddin yassin, Perdana menteri Malaysia

Berikut adalah antara pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat (prihatin):

Sumber: Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bantuan dan insentif yang telah dirangka meliputi hampir kesemua rakyat yang menerima impak terbesar susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijadualkan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan tidak mustahil ianya akan dilanjutkan sekiranya wabak ini masih belum mampu dikekang sepenuhnya.

Apa yang menarik, pengumuman yang turut diselitkan dengan contoh rakyat biasa bernama “Makcik Kiah” telah mendapat perhatian ramai pihak sehingga ramai yang menggunakan kronologi “Makcik Kiah” tersebut sebagai modal bagi lawak jenaka dan meme.


Susulan pengumuman tersebut, rata-rata menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan untuk membantu rakyat ketika negara sedang dalam usaha untuk menangani wabak Covid-19 ini.

Sumber: Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin

Marilah kita kekal bersama-sama bersatu padu untuk menjayakan usaha ini. Tidak susah. Anda hanya perlu duduk di rumah! Semoga rantaian wabak ini akan segera diputuskan.

#StayAtHome #KitaJagaKita

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version