Bolot dua trofi anugerah di China, Shila Amzah sekali lagi harumkan Malaysia

Seperti yang diketahui ramai, penyanyi Shila Amzah telah melebarkan bakatnya ke peringkat antarabangsa terutama di negara China sehingga setiap video yang dimuat naik melalui akaun Youtube miliknya akan menjadi perhatian rakyat negara tersebut.

Namun, baru-baru ini penyanyi lagu Patah Seribu itu sekali lagi menjadi bualan peminat kerana telah mengharumkan nama Malaysia apabila tercalon dalam satu anugerah di negara yang sinonim dengan Tembok Besar China itu.

Dua trofi!!

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berkongsi gambar selepas selesai anugerah yang berlangsung di Zhengzhou pada malam semalam dan kelihatan beliau berjaya membolot sebanyak dua buah trofi.

Award apa yang Kak Shila menang?

Menerusi posting pada Insta Story miliknya, beliau menjawab soalan daripada pengkutnya mengenai kategori yang dimenangi iaitu Most popular South East Asian Artiste dan juga Hottest International Artiste.

Bestnya dapat trofi…

Tidak cukup dengan itu, beliau telah berkongsi gambar close-up kedua-dua trofi berkenaan yang sememangnya harus dibanggakan!

Peminat Malaysia sentiasa sokong akak…

Berikutan itu, rata-rata peminatnya telah menghujani ruangan komen dengan mengucapkan tahniah atas kejayaan yang membanggakan nama negara itu.

Malah ada juga yang memberikan ucapan yang berunsurkan emosi dengan mengatakan walaupun ramai rakyat Malaysia seakan-akan tidak menghargai perjuangannya namun biarlah peminat setianya sahaja yang mengetahui.

 

TAHNIAH SHILA AMZAH!!

Published
Categorized as Uncategorized Tagged

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version