Berita baik untuk 4.1 juta rakyat Malaysia: Bantuan Sara Hidup dibayar 15 Ogos ini

Berita baik untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat ketiga akan dibuat mulai 15 Ogos sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembayaran ini akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng

Katanya, pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version