Connect with us

Pendidikan

MPM: UEC akan galakkan polarisasi kaum

Published

on

Majlis Perundingan Melayu (MPM): Kesan jangka panjang UEC akibat daripada polarisasi kaum

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan menggalakkan polarisasi kaum disamping menyukarkan integrasi nasional seterusnya menjadi pemisah antara kaum atau etnik di negara ini.

Kesan jangka panjang terhadap perkara ini juga akan memberi kesan kepada pembinaan negara bangsa apabila rakyat semakin sukar mencapai perpaduan kaum.

Kesan jangka panjang juga perlu diperhalusi oleh ahli politik khususnya kerana kepentingan politik jangka pendek akan memakan diri anak-anak bangsa.

“Kini kita sudah ada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang jelas memisahkan kita daripada kecil dan kini UEC pula mahu diiktiraf, menambahkan lagi pengasingan antara kita. Impaknya telah menyebabkan kita takkan mampu bersatu dalam satu bahasa dan satu budaya.

“MPM menolak UEC bukan ke­rana alasan perkauman tetapi ke­rana sijil itu tidak konsisten de­ngan Dasar Pendidikan Negara yang ada. Saya melihat rakyat Malaysia kini semakin terbahagi tidak kira dalam politik, ekonomi, pendidikan dan agama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais Yatim: Tidak menyokong tindakan melulu. 

Tan Sri Dr. Rais Yatim, sumber: MalaysiaDateline.com

Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, jika rakyat tidak faham dengan jelas berkenaan isu UEC dan keputusan mengiktiraf UEC dilakukan secara membuta tuli, kesan negatif seperti pergelutan politik boleh muncul.

“Bagi saya sepatutnya, biar golongan cerdik pendidikan, pembuat dasar, mempolemikkan isu ini terlebih dahulu dan dibuat peng­halusannya untuk diterima menteri.

“Jika menteri hanya bercakap begitu, tanpa membuat ‘kerja rumah’ yang saya sebut tadi, rakyat berhak untuk tidak mene­rima dasar ini, bererti pandangan mereka perlu dilayani dahulu.

“Setahu saya, isu UEC ini belum lagi dibuat penentuan pe­rinciannya, semakan, bagaimana letaknya di bawah Akta Pelajaran dan beberapa akta lain. Adakah ini sesuai dengan pendirian kerajaan sebagai dasar terpenting yang hendak dipinda terlebih dahulu, atau dasar tentang harga barang,” katanya.

Sumber: UtusanOnline

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: