Connect with us

dunia

Industri Teh di Malaysia

Published

on

Setiap pelanggan mempunyai pilihan mereka yang tersendiri – penuhi selera pelanggan yang pelbagai agar mereka datang lagi ke restoran anda.

Teh hitam

Teh hitam

Teh premium ini berwarna gelap dan mewah dengan rasanya yang kuat dan mendalam. Teh hitam diperbuat daripada daun teh teroksida yang dikeringkan untuk mencegah terjadinya perubahan pada ciri-cirinya, menjadikan profilnya sungguh kuat.

Lipton Yellow Label TeaSir Thomas Lipton English Breakfast dan Sir Thomas Lipton Earl Grey merupakan tambahan sempurna untuk acara korporat dan juga sebagai alternatif kepada kopi kerana kandungan kafeinnya yang lebih rendah.

Teh putih

Teh putih

Daun teh putih tradisional menjalani jumlah pemprosesan minimum yang mengekalkan ciri-ciri semula jadi dan warnanya. Ini mengekalkan rasa segar dan lembut teh dengan aroma menyegarkan yang digemari oleh ramai peminum teh.

Teh hijau

Teh hijau

Warna hijau terangnya lebih daripada mencukupi untuk membolehkan ianya dikenali – minuman dengan rasa lembut ini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, bermula daripada khasiat antioksida hinggalah kepada meningkatkan fungsi otak. Matcha dan teh hijau, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama, tetapi proses membuat matcha melibatkan pengenjutan serbuk teh yang diperbuat daripada daun teh, manakala teh hijau diperbuat dengan teknik infusi daun teh di dalam air.

Lipton Clear Green Tea dan Sir Thomas Lipton Green Tea Jasmine adalah sempurna untuk dihidangkan selepas makan kerana rasanya yang menyegarkan, selain terbukti membantu penghadaman.

Infusi

Infusi

Infusi atau seduhan adalah proses yang menggunakan daun teh – biasanya terdiri daripada pelbagai jenis herba, buah dan bunga yang memberikan rasa yang lebih kompleks. Teh bunga biasanya disukai kerana bau wangi semula jadinya yang mampu menenangkan deria. Teh herba pula merangsang pletora pada herba dengan pelbagai manfaat, bermula daripada penghadaman hinggalah kepada membantu masalah insomnia.

Sir Thomas Lipton Peppermint Infusion dan Sir Thomas Lipton Chamomile Infusion menawarkan manfaat daripada kandungan semula jadinya – menjadikan ia pilihan ideal untuk menenangkan dengan rasa yang pastinya disukai oleh semua.

Artikel ini dipetik daripada : UnileverFoodSolution.com

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

covid-19

Impak Pengangguran terhadap ekonomi Malaysia Pasca Covid-19?

Published

on

Adakah kita sudah bersedia? Bagaimana pula dengan persediaan negara dalam menghadapi pengangguran secara besar-besaran ini?

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: