Connect with us

Sukan

Anak Malaysia menjuarai Piala Strider di Amerika

Published

on

PELUMBA cilik Imran Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan dunia basikal tolak untuk kanak-kanak, Piala Strider 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu.

Dalam kejohanan di Boulder, Colorado, pelumba berusia tujuh tahun itu memenangi kategori terbuka basikal 14 inci ataupun 14x, mengatasi 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Costa Rica, Vietnam dan pesaing paling sengit dari negara Jepun.

Ia merupakan perlumbaan kategori baharu dalam Piala Strider yang baru saja mengeluarkan model 14 inci hujung tahun lepas.

Aktif dalam sukan dan permakanan yang sihat merupakan resepi utama kejayaan Imran di pentas dunia, mengatasi peserta-peserta setanding dengannya di sana.

Menurut bapanya Shariman Samad, Imran tidak menjalani apa-apa rutin harian sebagai persediaan untuk mengharungi kejohanan dunia tersebut.

“Setiap minggu, Imran berlatih dengan CAK Sports Academy untuk meningkatkan daya ketahanannya, di samping latihan dengan basikal Strider dan berlumba dengan menyertai perlumbaan basikal Strider,” kata Shariman.

“Imran juga pernah aktif latihan bola sepak dengan EPS Sports Academy semasa berusia lima tahun dan makanannya dijaga dengan tidak makan berlebihan.Kelebihan yang dimiliki Imran sudah pasti pecutannya, kerana dia juga pernah mewakili Sekolah Kebangsaan Setiawangsa sebanyak dua kali di kejohanan IAAF Kids Athletics bawah tujuh tahun dan bawah sembilan tahun.

Kredit: Astro Awani

Ia merupakan kali keempat Imran menyertai perlumbaan basikal tolak ini di peringkat antarabangsa antaranya di Tokyo dan Bangkok.

Piala Strider 2018 dianjurkan syarikat pengeluar basikal tolak ataupun basikal imbang yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Strider.

Perlumbaan di Piala Strider melibatkan basikal dua roda tanpa pengayuh itu yang turut dikenali sebagai push bike atau balance bike di peringkat antarabangsa.

Ia digunakan sebagai latihan awal untuk kanak-kanak belajar mengimbangi menggunakan basikal dua roda sebelum menggunakan pengayuh.

Kanak-kanak seawal 18 bulan boleh diberi pendedahan awal kepada basikal tanpa pengayuh itu yang turut dipanggil basikal imbang.

Sumber Asal: Astro Awani

Sukan

Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.

Published

on

By

Artikel asal: Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.

“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).

“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.

Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.

“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.

“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.

Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.

“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.

Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

Continue Reading

Sukan

F1 akan kembali beraksi di SIC?

Published

on

By

Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!

Continue Reading

Sukan

Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan bangkit dengan catatan masa 10.28s!

Published

on

By

Khairul Hafiz Jantan, raja pecut Asia Tenggara yang kini berada di Jerman dalam rangka latihan dan pertandingan bagi memburu tempat ke temasya Sukan Asia Indonesia bulan depan mengungguli saingan di Kejohanan Kebangsaan Besigheim, Jerman dengan catatan 10.28s dalam acara 100m, catatan terbaiknya tahun ini.

Menurut laporan Berita Harian,

Bagi jurulatih Khairul Hafiz dan Zulfiqah, Mohd Poad Md Kassim, beliau menuntut Kesatuan Olahraga Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempertimbangkan penyertaan Khairul Hafiz ke Sukan Asia.

Tegasnya ini adalah peluang terbaik buat Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 dan 200m itu bersaing dengan atlet berkelas dunia selain menimba pengalaman berguna untuk dijadikan bekalan pada masa depan biarpun tidak melepasi syarat kelayakan atas tiket kategori A iaitu, 10.18s.

“Sukan olahraga bukan sukan magis. Ia perlukan pendedahan. Atlet tidak boleh melakar kejutan jika peluang tidak diberikan.

“Saya harap Khairul Hafiz akan diberi peluang ke Sukan Asia. Untuk mendapatkan pingat kali ini mungkin sukar tapi dia perlu pengalaman kerana dengan pengalaman akan mematangkannya pada Sukan Asia seterusnya.

“Semoga perkara ini dapat dipertimbangkan dan orang berkenaan dapat melihat lebih jauh perkara ini,” katanya. 

Kami daripada Malaysia Boleh ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Khairul Hafiz! #PecutJanganTakPecut

Nak tengok macam mana lajunya Khairul Hafiz Jantan berlari, jom tonton video dibawah!

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: