{"id":941,"date":"2018-06-25T17:15:01","date_gmt":"2018-06-25T17:15:01","guid":{"rendered":"https:\/\/36AD2816-ADDA-42E3-A9E8-D118208C86F0"},"modified":"2018-06-25T17:15:01","modified_gmt":"2018-06-25T17:15:01","slug":"majlis-angkat-sumpah-15-lagi-anggota-kabinet-baharu-pada-2-julai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysiaboleh.com\/majlis-angkat-sumpah-15-lagi-anggota-kabinet-baharu-pada-2-julai\/","title":{"rendered":"Majlis angkat sumpah 15 lagi anggota Kabinet baharu pada 2 Julai"},"content":{"rendered":"
KUALA LUMPUR<\/strong>: Istiadat mengangkat sumpah baki 15 jemaah menteri Kabinet dan timbalan menteri akan diadakan pada 2 Julai nanti, kata pihak Istana Negara.<\/p>\n Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menjelaskan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V telah menerima senarai menteri dan timbalan menteri daripada pejabat perdana menteri pada 20 Jun lalu.<\/p>\n “Senarai nama Menteri Kabinet tersebut telah diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.<\/p>\n Wah Ahmad Dahlan juga menggesa media agar tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang Di-Pertuan Agong.<\/p>\n Setakat ini, 14 menteri sudah dilantik dalam barisan awal Kabinet yang mengangkat sumpah pada 22 Mei lepas.<\/p>\n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinetnya akan dianggotai 29 menteri. – Astro Awani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Semoga barisan menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik nanti dapat berkhidmat untuk rakyat #MalaysiaBaharu<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"yoast_head":"\n