<\/div>\n
Semalam bukan hari biasa buat murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam yang mula masuk ke kelas setelah lebih seminggu bercuti sempena hari raya Aidilfitri.<\/p>\n
Manakan tidak, mereka dikunjungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tiba-tiba muncul di kelas mereka.<\/p>\n
Tanpa diiringi guru sekolah, beliau dilihat masuk melalui pintu belakang bilik darjah kira-kira pukul 8.30 pagi bagi melihat sendiri sesi pembelajaran.<\/p>\n
Melalui rakaman berdurasi 21 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, guru yang sedang mengajar terkejut selepas melihat Maszlee sebaik berpaling daripada papan putih.<\/p>\n
Guru tersebut lantas ketawa. Maszlee yang memakai baju batik berwarna merah putih kemudian meminta kebenaran untuk duduk di situ bagi melihat proses pembelajaran.<\/p>\n
Menerusi rakaman video di Instagram pula, beliau dilihat menyampaikan pesanan kepada para pelajar.<\/p>\n
<\/p>\n
\u201cBelajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu dan buat baik pada ibu bapa,\u201d katanya menerusi video yang dimuatnaik seorang pegawai khas Maszlee.<\/p>\n
Maszlee yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum terjun ke dunia politik adalah anggota parlimen Simpang Renggam.<\/p>\n
Menurut pegawai khasnya itu, SK Simpang Renggam tersenarai dalam sekolah yang memerlukan penambahbaikan bangunan dan bilik darjah.<\/p>\n
“Menteri pendidikan berbesar hati untuk membantu SK Simpang Renggam dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan sekolah itu,” katanya lagi.<\/p>\n
Sekolah yang sudah berusia 73 tahun itu mempunyai lebih 1,000 pelajar dan perlu mengadakan dua sesi persekolahan.<\/p>\n
<\/p>\n
kredit:https:\/\/www.malaysiakini.com\/news\/431263?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"Wah! Inilah namanya pemimpin berjiwa rakyat! Tak perlu protokol. Datang terus je tengok secara sendiri macam mana suasana pembelajaran di kelas. Betul-betul #MalaysiaBoleh<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":899,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"yoast_head":"\n
Tiba-tiba muncul 'murid' bernama Maszlee - MalaysiaBoleh.com<\/title>\n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n\t \n\t \n\t \n \n \n\t \n\t \n\t \n