{"id":3768,"date":"2021-03-26T17:45:24","date_gmt":"2021-03-26T09:45:24","guid":{"rendered":"https:\/\/malaysiaboleh.com\/?p=3768"},"modified":"2021-03-26T17:49:13","modified_gmt":"2021-03-26T09:49:13","slug":"pemberian-vaksin-covid-19-fasa-kedua-akan-ditambah-kumpulan-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysiaboleh.com\/pemberian-vaksin-covid-19-fasa-kedua-akan-ditambah-kumpulan-baharu\/","title":{"rendered":"Pemberian vaksin COVID-19 fasa kedua akan ditambah kumpulan baharu"},"content":{"rendered":"
Foto: The Malaysian Reserve<\/p>\n
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa pemberian vaksin COVID-19 pada fasa kedua akan ditambah beberapa kumpulan penerima baharu yang bakal diumum pada Isnin ini.<\/p>\n
Beberapa kumpulan yang dikategorikan sebagai ‘economic frontliners’ \u00a0akan dimasukkan sebagai penerima vaksin fasa kedua selepas dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin.<\/p>\n
Langkah ini diambil kerana pendaftaran buat golongan sasar bagi fasa kedua ini masih belum diterima sepenuhnya. Namun,\u00a0Khairy menegaskan bahawa warga emas dan golongan yang mempunyai penyakit kronik tetap menjadi keutamaan dalam pemberian vaksin fasa kedua tersebut.<\/p>\n