Golongan wanita, belia pemacu kemajuan ekonomi ASEAN<\/h1>\n<\/div>\n
<\/div>\n
<\/p>\n
Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), usaha mempertingkatkan aspek celik digital dapat menarik penyertaan lebih 20 juta wanita dalam ekonomi digital.- Gambar hiasan<\/div>\n<\/div>\n
KUALA LUMPUR<\/strong>: Golongan wanita dan belia perlu berperanan sebagai pemacu fasa kemajuan ekonomi ASEAN seterusnya berikutan unjuran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10-20 peratus jika wanita terlibat sepenuhnya dalam sektor pekerjaan.<\/p>\n
Malah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), usaha mempertingkatkan aspek celik digital dapat menarik penyertaan lebih 20 juta wanita dalam ekonomi digital.<\/p>\n
“ASEAN boleh menjadi peneraju dunia dari segi memaparkan kelebihan penyepaduan serta pengharmonian. Bagi mencapainya, wanita dan belia perlu menjadi pemacunya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.<\/p>\n
\n
\n
<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena satu panel perbincangan bertemakan Unjuran Strategik Mengenai ASEAN di Mesyuarat Tahunan WEF 2018 di Davos-Klosters, Switzerland pada 23-26 Januari yang turut disertai oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.<\/p>\n
Menurut WEF, gabungan penduduk seramai 640 juta orang dan KDNK nominal melebihi AS$3 trilion turut menjadikan ASEAN yang dianggotai 10 negara sebagai sumber utama pertumbuhan global.<\/p>\n
Malah, apa yang mendatangkan manfaat kepada ASEAN juga turut membawa kebaikan untuk dunia.<\/p>\n
“Tahun ini misalnya amat bermakna dari segi politik berikutan pilihan raya yang akan diadakan di Kemboja, Indonesia, Malaysia dan (turut dijangkakan) di Thailand.<\/p>\n
“Aspek perniagaan juga dijangka terus dijalankan dengan aman selain kemajuan keselamatan bagi mencapai sistem politik dan perundangan yang lebih mapan,” katanya.<\/p>\n