{"id":1669,"date":"2018-07-20T12:05:09","date_gmt":"2018-07-20T04:05:09","guid":{"rendered":"https:\/\/3078F926-7EBC-4F9C-AD10-61E13D97FA17"},"modified":"2018-07-20T12:19:47","modified_gmt":"2018-07-20T04:19:47","slug":"pemuda-malaysia-mengharumkan-nama-malaysia-di-jepun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysiaboleh.com\/pemuda-malaysia-mengharumkan-nama-malaysia-di-jepun\/","title":{"rendered":"Pemuda Malaysia mengharumkan nama negara di Jepun"},"content":{"rendered":"

Shahnun Said, 36, merupakan seorang pemuda Melayu yang berani dan kreatif. Beliau telah mengambil langkah untuk membina masa depannya melalui bidang seni kreatif, yang selari dengan minatnya sejak beliau kanak-kanak lagi.<\/p>\n

Menurut Harian Metro, kerjaya Shahnun bermula apabila beliau menerima tawaran biasiswa mendalami bahasa Jepun sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang reka bentuk seni binda di Kyoto University, Jepun.<\/p>\n

Kini, beliau merupakan pereka utama kasut terkenal di Jepun, Premier Seven<\/a>. Tidak dinafikan beliau terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang membina kariernya di Jepun. Namun, usahanya dibalas dengan kejayaannya sebagai pereka kasut yang berkaliber.<\/p>\n

\"\"\"\"Kredit: Says.com<\/em><\/p>\n

Berdasarkan perbualannya dengan Harian Metro, Shahnun berasa bangga kerana diberi kepercayaan oleh pemilik jenama terkenal seperti Dragon Beard, Top Seven dan Premier Seven yang memasarkan kasut rekaannya ke pasaran Amerika Syarikat, Korea, China dan Eropah.<\/p>\n

\u201cHampir setiap bulan saya perlu melawat kilang pembuatan untuk memastikan kualiti kasut kami terjamin, malah saya juga berpeluang menghadiri \u2018fashion week\u2019 di luar negara setiap musim untuk membuat penyelidikan selain mencari ilham,\u201d katanya.<\/p>\n

Shahnun mengakui banyak cabaran dilalui termasuk masalah komunikasi dan cara pemikiran pekerja di Jepun yang mementingkan disiplin, namun minat terhadap kerjaya diceburi menjadi motivasi untuk bertahan sehingga kini.<\/p>\n

\u201cDisebabkan saya bangsa asing, majikan tidak terus beri kepercayaan sepenuhnya, malah pada mulanya semua rekaan kasut saya ditolak.<\/p>\n

\u201cNamun, saya berusaha keras dan bersaing dengan pereka tempatan dan membuktikan mampu buat lebih baik berbanding mereka.<\/p>\n

\n

\u201cKerjaya saya sebagai pereka kasut anak Malaysia di Jepun bukan saja kerana minat dalam bidang fesyen tetapi saya juga berniat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.”<\/h1>\n<\/blockquote>\n

Anda\u00a0boleh lihat rekaan kasut jenama Premier Seven di bawah:<\/p>\n