{"id":1487,"date":"2018-07-17T12:47:10","date_gmt":"2018-07-17T04:47:10","guid":{"rendered":"https:\/\/91CB8631-34C3-48C8-843E-2F62A9516373"},"modified":"2018-07-17T12:47:42","modified_gmt":"2018-07-17T04:47:42","slug":"malaysia-menang-gangsa-kejohanan-badminton-remaja-asia-di-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/malaysiaboleh.com\/malaysia-menang-gangsa-kejohanan-badminton-remaja-asia-di-indonesia\/","title":{"rendered":"Malaysia menang gangsa Kejohanan Badminton Remaja Asia di Indonesia"},"content":{"rendered":"
KUALA LUMPUR<\/strong>: Malaysia sekadar meraih pingat gangsa selepas tumpas 0-3 kepada Jepun pada saingan separuh akhir acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta, Indonesia.<\/p>\n Tuan rumah, Indonesia juga terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tewas 1-3 kepada China dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Latihan Dewan Sukan Jaya Raya, demikian menurut laman sesawang Badminton Asia, www.badmintonasia.org.<\/p>\n China yang merupakan juara tujuh kali kejohanan berkenaan, akan berdepan Jepun pada perlawanan akhir, hari ini.<\/p>\n Pada aksi semalam , Jepun berada di hadapan selepas Hiroki Midorikawa-Saito Natsu mengalahkan pasangan Malaysia Chia Wei Jie-Toh Ee Wei; 21-16, 21-15 dalam acara beregu campuran.<\/p>\n <\/p>\n Chia Wei Jie\u00a0<\/em><\/p>\n Kato Taiki menjadikan kedudukan 2-0 selepas menewaskan Ng Tze Yong 21-13, 23-25 dan 24-22 dalam acara perseorangan lelaki, sebelum Hiroki Midorikawa-Hiroki Nakayama mengesahkan kemenangan Jepun setelah mencatat kemenangan 21-17, 21-14 ke atas Chang Yee Jun-Chua Yue Chern dalam kategori beregu lelaki.<\/p>\n Acara individu dalam kesemua lima kategori – perseorangan dan beregu lelaki; perseorangan dan beregu wanita, serta beregu campuran akan bermula Rabu ini.<\/p>\n <\/p>\n Artikel Asal: Astro Awani<\/a><\/p>\n Kredit gambar: sports247.my<\/a>\u00a0allsportspk<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" KUALA LUMPUR: Malaysia sekadar meraih pingat gangsa selepas tumpas 0-3 kepada Jepun pada saingan separuh akhir acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta, Indonesia. Tuan rumah, Indonesia juga terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tewas 1-3 kepada China dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Latihan Dewan Sukan […]<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":1489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[59],"yoast_head":"\n