Pasaran Malaysia menarik minat jenama kosmetik Lush dari UK

Kepada peminat-peminat kosmetik, nantikan kedatangan jenama kosmetik dari United Kingdom, Lush!

Sebelum ini, di Asia, Lush boleh didapatkan di Singapore, Hong Kong dan Jepun. Tetapi, kini pasaran Malaysia telahpun berjaya menarik minat jenama termasyur ini ke sini.

Kredit: Lush UK

Khabar angin bermula apabila munculnya sebuah “tweet” yang menghebohkan LUSH sedang mencari pekerja bagi cawangan pertamanya di Kuala Lumpur.

Lush merupakan jenama dari UK yang terkenal dengan menghasilkan produk kecantikan dan mandian yang dihasilkan daripada barangan semula jadi.

Kredit: Lush UK

Produk kosmetik ini dikatakan mesra alam, 100% vegetarian dan organik!

Kredit: Fashion Network UK

Lush bukan sahaja “eco-friendly”, tetapi mempunyai pelbagai variasi barang mandian dan kecantikan seperti bath bombs, face masks dan scrubs.

Kredit: giphy.com

Dengan kata itu, kami sangat teruja untuk Lush sampai ke Malaysia!

#MalaysiaBoleh

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version