Nama unik ‘Merdeka’, mendapat pengiktirafan YDPA

KEPALA BATAS 14 OGOS 2018. Mohd Merdeka Ismail, 61, menunjukkan kad pengenalan serta sijil kelahiran semasa ditemui di Kampung Dua Puluh, Penaga. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL

Berpeluang bertemu YDPA, pemimpin negara dan golongan kehormat, Mohd Merdeka Ismail dahulunya malu kerana sering diejek rakan-rakan kini berbangga kerana memiliki nama yang begitu unik ini.

Dilahirkan pada 31 Ogos 1957, namanya diberikan oleh seorang bidan kampung ketika dilahirkan.

Nama dan tarikh 31 Ogos amat bermakna bagi Mohd Merdeka kerana tidak semua mampu memilikinya. Disamping ianya senang diingati kerana ianya begitu penting bagi semua rakyat Malaysia.

Keunikan nama beliau turut dikongsi oleh ahli keluarga yang turut menumpang populariti beliau dek kerana namanya yang popular!

KEPALA BATAS 14 OGOS 2018. Mohd Merdeka Ismail, 61, (kanan) bersama anaknya Izzatun Nabila Mohd Merdeka,25, melihat salinan keratan akhbar berkenaanya artikel ayahnya yang lahir pada 31 Ogos 1957 semasa ditemui di Kampung Dua Puluh, Penaga. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL

Sumber: Harian Metro, NST

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version