Connect with us

Global

KERETA TERBANG: MIMPI ATAU REALITI?

Published

on

Siri animasi daripada Amerika Syarikat, yang mula disiarkan pada tahun 1999, Futurama yang dipaparkan mengambil tempat pada masa hadapan iaitu pada abad ke 31 penuh dengan teknologi. Termasuklah kereta terbang.

Antara babak Futurama yang menampilkan keadaan trafik bagi kenderaan terbang.

Idea kereta terbang antara yang kerap kali menjadi modal industri perfileman di serata dunia apabila kita bercakap soal masa hadapan termasuklah sekuel filem terkenal Back to the Future.

Sedutan filem Back To The Future

Adakah ia sekadar angan-angan atau kini kita menghampiri kenyataan?

Baru-baru ini, sebuah syarikat di negara Jepun telah mencatatkan kejayaan pertamanya menerbangkan “Kereta Terbang” hasil karya anak tempatan selama 4 minit di udara. SkyDrive Japan, syarikat startup daripada Jepun ini telah merealisasikan cita-cita ‘kereta terbang’ ini kejayaan SD-XX, sebuah pesawat eVTOL kapasiti dua orang penumpang yang mempunyai rekaan kemas, bersaiz sebuah kereta, dengan jarak penerbangan beberapa puluhan kilometer pada 100 kmh (62 mph).

 

Berdasarkan pembacaan di World Economic Forum,  kerajaan Jepun telah membiayai projek ‘kereta terbang’ bagi mengkomersialkan mod pengangkutan futuristik pada tahun 2023 menurut laporan Japan Times. Namun mereka bukanlah antara yang terawal menghasilkan model dan prototype ‘kereta terbang’. Syarikat besar lain seperti Airbus, Boeing dan Uber turut menghasilkan konsep reka bentuk bagi kenderaan ini.

Kegunaan pihak ketenteraan

Menurut Nevada Institute for Autonomous Systems, sejarah Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) atau Kenderaan Udara Tanpa Pemandu bermula sekitar abad ke-18 menurut para pengkaji sejarah apabila tentera eropah menggunakan pesawat belon tanpa pemandu untuk menghantar bom.

Kebanyakan teknologi drone bermula atas kapasiti ketenteraan dan teori ini dikuatkan lagi pada abad ke-19 apabila penemuan pesawat sayap-tetap (fixed-wing) pada tahun 1903 mendorong generasi drone.

The Kettering “Bug” (Foto: The United States Air Force)

Semasa Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan perkembangan senjata drone namun inisiatif ini tidak digunakan sehingga Perang Dunia Kedua dan ianya penting sebagai alat pemantau.

Penggunaan drone secara meluas bagi pihak ketenteraan AS semasa awal 80an dan secara beransur-ansur menaik taraf drone-drone ini dengan kelengkapan senjata jarak jauh sehingga kini.

Sebuah MQ-9 Reaper terbang di atas Pangkalan Tentera Udara Creech, Nev., Semasa misi latihan tempatan 9 Jun 2009. Skuadron Serangan ke-42 di Creech AFB mengendalikan MQ-9. (Kredit Foto Tentera Udara A.S. / Paul Ridgeway)

Ianya terbukti berkesan dalam membantu pihak ketenteraan untuk memenangi peperangan serta mengawal selia kawasan yang terlibat.

Industri Komersial

Bagi industri komersial, penggunaan UAVs sebagai salah satu method penghantaran adalah tidak asing lagi.

Sebilangan organisasi menggunakan UAV secara khusus kerana minat yang tinggi ini. Contoh yang baik adalah peruncit dalam talian terbesar di dunia, Amazon dan syarikat logistik terbesar DPDHL di dunia, turut menguji keberkesanan penghantaran melalui sistem UAV.

DHL telah melancarkan DPDHL di kawasan bandar negara China (Kredit foto DHL).

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, electrical multicopter (dengan ciri khas iaitu pelepasan dan pendaratan secara menegak)  nampaknya yang paling menjanjikan bagi industri logistik.

Di Malaysia, menurut laporan The New Straits Times, Unmanned Aerial Systems (UAS) telah digunakan oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (untuk talian kuasa), Telekom Malaysia (menara telekomunikasi dan aplikasi), Petronas (saluran paip minyak dan gas), pihak berkuasa lebuh raya (pemantauan lalu lintas) dan syarikat kereta api (trek).

Penggunaannya tidak hanya terhad kepada aktiviti pemantauan malah UAS telah digunakan secara meluas untuk kerja-kerja yang berat dan berbahaya terutamanya yang melibatkan industri 3d (difficult, dirty and dangerous).

Idea dan konsep UAV turut menjadi topik hangat pada tahun lepas apabila model bagi kereta terbang yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Aerodyne turut di perkenalkan semasa acara tahunan Matta Fair 2019.

Model kereta terbang yang dihasilkan oleh Aerodyne dipamerkan semasa Matta Fair 2019. (Kredit foto The Straits Times)

Risiko melibatkan UAV mahupun UAS

Ruang udara kini agak sesak di kebanyakan bahagian di serata dunia, terutamanya di sekitar bandar-bandar besar. Operasi kawalan lalu lintas udara biasanya berfungsi hampir dengan kemampuan maksimum

Keadaan lalu lintas di udara yang semakin hari semakin sesak.

UAV yang tidak terkawal adalah ancaman besar, yang mampu menjatuhkan kapal terbang dengan beberapa ratus penumpang di dalamnya.

Pada bulan Ogos 2013, seorang juruterbang Alitalia melaporkan melihat UAV sejauh 200 kaki ke pesawatnya semasa pendekatan terakhirnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York, Amerika Syarikat telah mencetuskan siasatan oleh FBI dan FAA.

Isu privasi juga di antara topik yang sering diperkatakan apabila melibatkan UAV atau drone. Hal ini kerana, UAV ini juga boleh disalah gunakan bagi tujuan pengintipan dan perkara yang tidak sepatutnya. Ianya turut melibatkan isu integriti sebilangan besar bagi pengguna drone itu sendiri.

UAV, UAS, kereta terbang mahupun drone mampu menjadi aset yang sangat berharga kepada negara sekiranya ianya mampu memudahkan keadaan sedia ada. Tetapi, adakah dunia kini bersedia akan kemunculannya? Adakah rakyat Malaysia dapat membuka fikiran mereka untuk lebih terbuka kepada konsep kereta terbang ini?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Global

Remaja Malaysia Jadi Jutawan Melalui Permainan Dota 2

Guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan.

Published

on

By

Jika masih ada yang berpendapat bermain game secara serius tidak mampu menjadikan seseorang kaya dan jutawan, mungkin perlu difikirkan sekali lagi.

Terbaru, remaja dari Malaysia iaitu Yap Jian Wei atau lebih dikenali dengan nama xNova bersama kumpulannya, PSG.LGD berjaya muncul sebagai naib juara pertandingan Dota 2, The International 8 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Pemain Dota 2

Difahamkan hadiah yang diperoleh melalui pertandingan berprestij ini membolehkan kumpulan PSG.LGD yang dianggotai oleh lima ahli kumpulan menerima sebanyak $4,075,965 (RM16,676,810).

Selain itu, pasukan OG berjaya muncul sebagai juara serta membawa pulang piala Aegis beserta wang tunai bernilai $11,208,905 (RM45,861,234). Tahniah diucapkan buat Yap Jian Wei diatas hasil usahanya. Semoga lebih banyak anak muda yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa di dalam e-sukan selepas ini.

Continue Reading

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

Trending