Kasut sekolah hitam mulai tahun depan: Terima pelbagai reaksi netizen.

Bercakap dalam program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, YB Dr Maszlee menegaskan, keputusan untuk membenarkan pelajar memakai kasut hitam ke sekolah dibuat setelah mengambil kira pendapat ibu bapa yang mahukan kasut yang juga merupakan sebahagian daripada uniform itu ditukar kepada hitam.

Selamat Tinggal Kasut Putih. Kredit Google Photos


Reaksi tentang keputusan yang diterima bercampur baur. Ada yang menerima dengan hati yang gembira kerana kini anak-anak tidak lagi perlu mencuci kasut setiap minggu dan bermacam-macam lagi.

Sumber: Faizuddin Daisuki (Facebook)

 

Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Mereka tidak bersetuju dengan berpendapat keputusan kasut putih ditukar menjadi kasut hitam adalah keputusan tidak wajar. Kerana ia akan membentuk disiplin anak-anak disamping menjadikan mereka belajar erti pentingnya menjaga kebersihan.

Sumber: Facebook

Kasut putih atau hitam? Mana satu pilihan anda?

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version