Hassan Marican kembali ke Petronas, Sidek Hassan bakal letak jawatan

Spekulasi hangat mengatakan Tan Sri Hassan Marican bakal kembali menjadi Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menggantikan  Tan Sri Sidek Hassan yang dijangka bakal meletakkan jawatan tersebut dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Hassan yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam sektor tenaga, kewangan dan pengurusan telah dilantik oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan. 

Semasa Hassan menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Operasi (CEO) Petronas dari 1995 sehingga persaraannya pada Februari 2010, Petronas telah tersenarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih US$4.3 billion dan berkedudukan tempat ke 254 dunia.

Selepas bersara pada tahun 2010, Hassan telah berhijrah ke Singapura untuk mentadbir beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Singapura.

Sumber: New Straits TimesPusat Kajian Kecemerlangan Melayu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version