Dikecam netizen kerana mahu menghapuskan gerakan Martabatkan Bahasa Melayu

Jika bangsa asal daripada negara lain seperti Korea, Jepun, Indonesia dan lain-lain bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka, tetapi tidak bagi wanita ini. Sebaliknya, Erna Mahyuni, salah seorang kolumnis di Malay Mail bersetuju jika kempen memartabatkan Bahasa Melayu di hapuskan. Alasan utama beliau adalah kerana bahasa Melayu bukan lagi keutamaan pada masa kini. Kekangan dan kekurangan anak bangsa kini untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan betul menjadikan alasan utama mengapa Erna mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bagi Erna juga, pasaran juga tidak hanya terhad bagi negara serantau seperti Indonesia, malah pasaran Malaysia patut melangkaui negara selain itu.

Ramai yang mengecam penulisan Erna yang dianggap menggalakkan anak muda masa kini untuk tidak bercakap dan menulis bahasa Melayu dengan betul. Mereka juga berpendapat sepatutnya bahasa Melayu diangkat sama tahap dengan bahasa Inggeris dan bukan memperkecilkan soal bahasa hanya kerana ketidakcekapan masyarakat kini dalam bahasa ini.

Salah seorang pengguna media sosial, Masato Kenya マサト賢弥, telah meluahkan ketidakpuasan hati dengan komik.

Bagaimana pula dengan anda? Anda setuju untuk tidak memartabatkan bahasa Melayu atau sebaliknya?

Sumber: MalayMail

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version