Arkeopelancongan Sektor Ekonomi Baru

Lembah Lenggong , tapak warisan dunia.
Erti konsep arkeopelancongan kedua-dua perkataan ini membawa maksud lawatan sambil melancong ke tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah.
Realitinya, salah satu sektor ekonomi yang masih baru di negara kita ialah arkeopelancongan. Sektor ini masih kurang popular di negara kita berbanding dengan perkembangan yang berlaku di luar negara, terutamanya negara yang maju seperti , Eropah , Amerika Syarikat , dan Timur Tengah. Fakta yang paling menarik, jumlah bilangan pelancong sentiasa meningkat setiap tahun khususnya di negara yang mempunyai tapak warisan yang terkenal.
Judith Calford, Moai formation, Easter Cave, Gunung Mulu National Park, Sarawak, Borneo, Malaysia
Khazanah negara bukan hanya wujud dalam bentuk hasil bumi seperti emas, bijih timah, hasil hutan atau minyak sahaja. Ia juga wujud dalam bentuk peninggalan warisan alam semula jadi dan juga hasil peninggalan masyarakat lampau. Salah satu daripadanya ialah tapak warisan arkeologi, monumen dan bangunan bersejarah yang bertaburan di seluruh negara kita sekarang. Selain memperlihatkan keunikannya yang tersendiri, tapak dan bangunan warisan juga adalah manifestasi pencapaian masyarakat mengikut era atau zaman tertentu.
Konsep Arkeopelancongan, bukan sahaja menanamkan sifat jati diri dan bangga dengan khazanah warisan negara, pelancongan tempatan berupaya merangsang sifat inovasi dalam kalangan masyarakat tempatan untuk merebut peluang ekonomi serta menambahkan pendapatan.
Tapak Arkeologi yang bakal menarik perhatian pelancong dan penyelidik

Sumber : Jurnal Warisan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version