Connect with us

Lain-lain

Pindaan turun had umur mengundi dibentang hari ini.

Published

on

PARLIMEN | Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentang bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu bakal dibentangkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas sesi soal jawab lisan.

Difahamkan bacaan kali kedua serta perbahasan RUU itu akan dilakukan pada sidang Dewan kali ini yang berlangsung sehingga 18 Julai.

Pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Anggota Parlimen untuk diluluskan.

Dalam pada itu, sidang Dewan juga dijangka hangat dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, yang bertujuan bagi meniadakan kesalahan berkaitan protes jalanan.

Sidang Dewan yang bermula pada 10 pagi ini turut sarat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan Anggota Parlimen bagi dijawab menteri bertanggungjawab pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan soal jawab lisan.

Antaranya melibatkan pertanyaan Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai tragedi pencemaran di Pasir Gudang, Wong Chen (PH-Subang) berhubung pendirian kerajaan terhadap pemindahan kuasa untuk melantik Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada Parlimen serta Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mengenai bilakah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan dilaksanakan.

Sumber : Bernama


Lain-lain

Aznil yakin tak mudah dilupakan.

Published

on

Sumber : NSTP

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, 57, yakin dirinya tidak akan dilupakan begitu sahaja walaupun ramai bakat lebih muda muncul di persada hiburan, seiring perkembangan era digital.

Dia juga berhasrat untuk terus berbakti terhadap dunia penyiaran selagi khidmat dan tenaganya diperlukan.

“Bagi saya, tidak pernah timbul isu orang mengangkat dan kemudian melupakan saya kerana kehadiran era digital mahupun pengacara muda. Pasti orang takkan mudah lupa sejarah yang tercipta dalam hidup saya sebagai pengacara.

“Saya pernah mencipta sejarah sebagai hos paling lama bertahan di negara ini, memenangi trofi pengacara popular Anugerah Bintang Popular BH (10 kali), dilantik sebagai ikon oleh Kementerian Pendidikan dan kemenangan pada peringkat Asia. Semua sejarah itu tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa.

“Semuanya juga menjadi harta dan kebanggaan saya yang pernah berada di tempat berkenaan. Nama saya juga pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat),” katanya yang hampir tiga dekad terbabit dalam bidang pengacaraan.

Ujarnya juga, jika dia seorang pengacara yang tidak berilmu, mungkin akan ada yang melupakan dirinya dan dia sendiri pasti berasa hati andainya begitulah permulaannya dalam bidang terbabit.

Bercakap kepada BH Online Aznil berkata, dia tidak berasa goyah mahupun iri hati melihat kebangkitan pengacara generasi baharu di pentas seni.

“Insya-Allah, saya takkan ‘sakit’ ataupun berdepan situasi konon sudah berada pada era kejatuhan. Saya sebaliknya menunggu jika ada antara pengacara masa kini yang boleh melepasi pencapaian saya. Jika ada yang mampu berbuat demikian, saya akan cukup berbangga.

“Pada masa sama, saya takkan berkecil hati andai ada yang membuat provokasi konon saya tidak boleh menerima kenyataan hidup atau dipinggirkan. Semua itu tidak penting. Saya percaya, suatu hari nanti, diri ini mungkin akan dicari lagi bagi berkongsi apa yang pernah dilakar selama ini,” katanya.

Sumber : BH Online

Continue Reading

Lain-lain

Tok Gajah sedia sekat The Hawks

Published

on

Sumber : Arkib NSTP

KUANTAN: Susulan terlepas Piala Liga Super dan Piala FA, skuad Pahang kini terdesak memastikan baki lima perlawanan liga berakhir dengan kemenangan.

Justeru, skuad kendalian Dollah Salleh perlu mencatat mata maksimum dalam usaha mengekalkan kedudukan kedua Liga Super musim ini.

Bagi mencapai misi itu, skuad Tok Gajah akan memastikan kemenangan apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, skuad itu perlu menjadikan The Hawks sebagai misi pertama untuk merealisasikannya.

“Namun, pemain tidak boleh menganggap ia perlawanan yang mudah walaupun Kuala Lumpur berada di tempat ke-10 liga ketika ini.

“Ini kerana lawan sudah pasti akan memberi tentangan sengit kerana mereka mahu mengelak berada dalam kedudukan dua tercorot liga untuk mengelak tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

“Oleh itu, pemain perlu bijak memanfaatkan segala peluang yang ada kerana beberapa pasukan cuba untuk memintas Pahang,” katanya.

Selepas bertemu Kuala Lumpur, Pahang akan menentang PKNS FC pada 9 Julai ini, diikuti Terengganu (14 Julai), FELDA United FC (17 Julai) dan Melaka United (21 Julai).

Selepas 17 perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh menduduki tangga kedua dengan mengutip 30 mata. 

Namun, kedudukan itu dilihat semakin terancam kerana Kedah, Selangor, Perak dan Melaka United yang hanya dibezakan antara satu dan empat mata mampu memintas Pahang.

Sumber : BH Online

Continue Reading

Lain-lain

35 kenderaan mewah dilelong bulan depan

Published

on

KUANTAN: Sebanyak 38 kenderaan mewah pelbagai jenis akan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, awal bulan depan.

Pengarah JPJ negeri, Mohamad Abdullah, berkata lelongan awam pertama bagi tahun ini dijadualkan pada 8 Ogos ini.

“Proses bidaan dan pembelian akan diadakan di Dewan Utama Kompleks JPJ negeri pada tarikh berkenaan dan orang ramai yang berminat untuk membida kenderaan terbabit boleh membeli buku mengandungi maklumat kenderaan dilelong bermula 17 Julai ini.

“Buku itu dijual pada harga RM50 dan boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Pahang. Pembida dan pembeli yang berminat boleh datang ke kompleks JPJ negeri pada 6 dan 7 Ogos bagi melihat kenderaan itu terlebih dahulu sebelum hari lelongan awam dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidilfitri JPJ Pahang di sini, semalam.

Mohamad berkata, daripada jumlah 35 kenderaan yang dilelong itu, 15 daripadanya adalah kenderaan yang disita, manakala 20 lagi kereta yang akan dilupuskan.

Katanya, antara jenis kenderaan mewah yang dilelong seperti Mercedes Benz, Toyota Wish, BMW 320i E90, Mitsubishi Grandis.

Semua kenderaan lelong ini akan diberikan nombor pendaftaran baharu berdasarkan susunan nombor terkini dalam sistem pendaftaran nombor kenderaan JPJ Pahang.

Sumber : BH Online

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh