Connect with us

Harimau Asia

Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia – Lambang komitmen negara ke arah kemajuan

Published

on

Pada 1 April 2019, telah berlansungnya sebuah program iaitu Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia yang bertempat Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Program tersebut telah berjaya menghimpunkan ramai cendekiawan dan tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia bagi berkongsi pendapat dan buah fikiran mereka.

Antara pengisian menarik sepanjang program yang berlansung adalah siri forum yang dibarisi oleh ramai nama besar, ucapan-ucapan daripada tokoh-tokoh negara serta acara utama iaitu pelancaran Inisiatif Harimau Asia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Langkah menjadikan Malaysia Harimau Asia

Berfikiran luar kotak! Itu yang anak muda perlu lakukan demi mencapai aspirasi Harimau Asia.#HarimauAsia #InisiatifHarimauAsia #KonvensyenKebangkitanHarimauAsia

Posted by Inisiatif Harimau Asia on Tuesday, 2 April 2019

Rata-rata menyatakan komitmen yang tinggi dan buah fikiran bahawa Malaysia memerlukan nilai dan keazaman yang tinggi bagi merealisasikan cita-cita untuk menjadi sebahagian daripada gugusan Harimau Asia.

Berikut  yang sempat krew kami sempat rakamkan sepanjang program itu berlansung.

Untuk maklumat lanjut, layari www.harimau.asia

Ekonomi

Pelaburan berterusan sebagai usaha meningkatkan pengagihan saksama

Published

on

YB Dato’ Seri Azmin Ali semasa berlansungnya Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia telah berkongsi serba sedikit usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentabiran beliau.
Seperti yang semua sedia maklum, Selangor semasa di bawah pentadbiran beliau telah terbukti makmur dan berpendapatan tinggi.
Industri-industri berteknologi tinggi seperti Aerospace merupakan antara daya tarikan kuat bagi pelabur asing semasa pentadbiran beliau.
Jom kita tonton video di bawah untuk mengetahui apa lagi yang perlu kita semai untuk mengejar aspirasi Harimau Asia

Kepentingan pelaburan demi kesejahteraan negara

"Kedudukan yang strategik dan infrastruktur yang baik tidak menjamin sesebuah negara itu akan terus maju dan makmur," – YB Dato' Seri Azmin Ali#AkademiHarimauAsia #InisiatifHarimauAsia #KonvensyenKebangkitanHarimauAsia

Posted by Inisiatif Harimau Asia on Wednesday, 3 April 2019

Continue Reading

Harimau Asia

Kadar pengangguran siswazah tinggi di Malaysia? Mengapa?

Published

on

Memetik laporan Utusan Malaysia pada tarikh 7 Mei 2018, kadar pengganguran belia di Malaysia menurun daripada 10.8 peratus pada tahun 2017 kepada 9.9 peratus pada tahun 2018.

Manakala kadar pengangguran keseluruhan berada pada kadar yang rendah iaitu 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.4 peratus.

Namun apa yang membimbangkan adalah kadar pengangguran siswazah berada pada tahap yang membimbangkan iaitu sebanyak 9.6 peratus daripada jumlah pengangguran keseluruhan.

Mengapa ini terjadi?

Kelemahan daripada sudut ketidakpadanan kemahiran yang dimiliki siswazah berbanding pekerjaan yang ditawarkan antara punca mengapa permasalahan ini berlaku.

Isu ini seterusnya memberikan impak yang negatif terhadap negara terutamanya dari sudut ekonomi, politk mahupun sosial.

Ramai graduan yang terpaksa mencuba nasib dengan mendapatkan pekerjaan tidak bersesuaian dengan kelayakan mereka dan ramai juga di antara mereka yang terpaksa mengaut apa sahaja peluang termasuklah bekerja secara sambilan demi memenuhi keperluan hidup.

Ini seterusnya menyumbang kepada permasalahan lain iaitu negara kekurangan tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi (brain drain). Hal ini kerana ramai siswazah yang berpendapat mereka tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan sesuai kelayakan di negara sendiri.

Mereka lebih rela untuk keluar negara kerana usaha dan peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada.

Negara akan terbeban dengan masalah ekonomi yang lebih berat sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera.

Siswazah perlu mempersiapkan diri untuk menjadi lebih all rounder dan tidak mengharapkan satu atau dua kemahiran sahaja.

Mereka harus belajar untuk bersaing dengan tenaga kerja mahir daripada dalam mahupun luar negara untuk lebih menyerlah.

Mungkin, pendedahan negara kepada para siswazah tentang Industri 4.0 adalah antara jalan yang terbaik untuk kita kaji.

Continue Reading

Harimau Asia

Malaysia: Ngauman Harimau Asia semakin dirasai!

Published

on

Semangat untuk melonjakkan nama Malaysia sebagai antara kuasa si “raja belang” semakin dirasai akhir-akhir ini.

Kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, tentang pendirian Malaysia tentang Harimau Asia, mengukuhkan lagi sentimen tentang semangat negara ini untuk seiring dengan pemain industri di rantau ini.

Tidak hanya daripada sudut ekonomi, malah sahsiah dan aspek sosial turut dititik beratkan bagi merealisasikan impian untuk menjadi sebahagian daripada Harimau Asia.

Impian hanya akan tinggal impian jika kita tidak berusaha untuk menanamkan nilai-nilai bagi menyahut seruan Harimau Asia:

1) Memupuk masyarakat berintegriti dan bermaruah

Adalah penting untuk semua rakyat Malaysia mengamalkan sifat integriti dalam setiap perlakuan dan kehidupan mereka. Sifat ini perlulah ditanam sejak kecil bagi memastikan mereka meneruskannya hingga ke alam dewasa kelak.

2) Sejahtera secara sosial, psikologi, dan rohani

Dalam kehidupan seharian, adalah penting bagi kita untuk sentiasa berasa aman dan sejahtera. Hal ini kerana, kehidupan yang aman dan tenteram akan membentuk sahsiah dan psikologi yang sihat.

3) Dinamik, sentiasa berkerja keras untuk berjaya dan inovatif

Sentiasa optimis dan berkerja keras adalah resipi kejayaan bagi negara-negara kuasa besar. Mereka berusaha untuk mencari sesuatu yang baru bagi merealisasikan impian untuk maju ke hadapan.

4) Menghasilkan teknologi sendiri demi kedaulatan & kekuatan daya saing

Aset utama bagi negara-negara maju adalah sentiasa berusaha untuk menghasilkan teknologi yang terkini dan buatan sendiri. Untuk maju setapak kehadapan, kita haruslah memperkasakan diri dengan ‘senjata’ untuk bersaing dengan kuasa besar.

5) Kemakmuran bersama dan bersatu padu

Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini perlulah kita jaga dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang mampu memecah belahkan perpaduan di antara kita.

 

Jika Seruan Harimau Asia ini dipenuhi, mungkin impian akan menjadi suatu realiti. Tidak lama lagi.

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh