Connect with us

Ekonomi

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2019

Terdapat banyak bantuan kerajaan untuk rakyat pada tahun 2019.

Published

on

Bantuan dalam Belanjawan 2019

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang telah pun diumumkan ketika sesi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu.

Insentif ini lebih memfokuskan golongan sasar / golongan B40 — iaitu mereka yang berpendapatan RM3,860 sebulan ke bawah.

BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup

Umum sedia maklum kerajaan di bawah Pakatan Harapan telah memansuhkan pemberian BR1M dan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kini terdapat empat kategori penerima BSH iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  4. Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

DANA RUMAH MAMPU MILIK

Rumah mampu milik

Sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan melalui Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan yang memiliki pendapatan RM2,300 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah pertama melalui pembelian rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah.

Dana ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk memohon dana tersebut, sila rujuk artikel Dana Rumah Mampu Milik BNM.

SUBSIDI ELEKTRIK

Subsidi elektrik

Jika sebelum ini kadar subsidi bil elektrik isi rumah yang ditetapkan pada RM20 kini kadar tersebut dinaikkan kepada RM40.

Namun, subsidi ini hanya akan disalurkan khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah program e-Kasih.

DANA PERLINDUNGAN KESIHATAN

Dana perlindungan kesihatan

Melalui dana perlindungan kesihatan, golongan B40 bakal menikmati perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan.

SUBSIDI MINYAK BERSASAR

Subsidi minyak bersasar

Mekanisme subsidi minyak bersasar membolehkan pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Namun ianya hanya terhad kepada kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Buat masa sekarang belum ada sebarang maklumat bagaimana mekanisme ini akan dilaksanakan. Cuma terdapat beberapa cadangan agar ianya dilakukan melalui pemberian kad khas.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN

Bantuan kerajaan

Selain daripada bantuan kerajaan di atas, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan untuk rakyat Malaysia menjelang tahun baru 2019.

Antara yang menarik — bantuan RM100 pas bulanan pengangkutan awam + RM50 pas bulanan bas.

Anda yang berminat boleh mohon bantuan tersebut bermula Disember depan.

Ekonomi

Pelaburan berterusan sebagai usaha meningkatkan pengagihan saksama

Published

on

YB Dato’ Seri Azmin Ali semasa berlansungnya Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia telah berkongsi serba sedikit usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentabiran beliau.
Seperti yang semua sedia maklum, Selangor semasa di bawah pentadbiran beliau telah terbukti makmur dan berpendapatan tinggi.
Industri-industri berteknologi tinggi seperti Aerospace merupakan antara daya tarikan kuat bagi pelabur asing semasa pentadbiran beliau.
Jom kita tonton video di bawah untuk mengetahui apa lagi yang perlu kita semai untuk mengejar aspirasi Harimau Asia

Kepentingan pelaburan demi kesejahteraan negara

"Kedudukan yang strategik dan infrastruktur yang baik tidak menjamin sesebuah negara itu akan terus maju dan makmur," – YB Dato' Seri Azmin Ali#AkademiHarimauAsia #InisiatifHarimauAsia #KonvensyenKebangkitanHarimauAsia

Posted by Inisiatif Harimau Asia on Wednesday, 3 April 2019

Continue Reading

Ekonomi

Dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit!

Published

on

Pengagihan dividen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah diumumkan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz. Beliau berkata, jumlah pengagihan itu adalah berdasarkan pencapaian kewangan PNB yang kukuh di tengah-tengah keadaan pasaran semasa yang tidak menentu.

Menurut laporan Utusan Online,

Amanah Saham Nasional Berhad hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB.

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai pengumuman ini? Kongsikan dengan kami!

Continue Reading

Ekonomi

Malaysia di kedudukan baik ke arah negara berpendapatan tinggi – Bank Dunia

Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Published

on

By

Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi

Malaysia berkedudukan baik dalam usahanya memulakan era baharu ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun-tahun akan datang, menurut Bank Dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden bagi Asia Timur dan Pasifik, Victoria Kwakwa berkata ekonomi Malaysia adalah sangat pelbagai dan memiliki asas kukuh, yang bersedia membawa negara ke peringkat seterusnya.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan, sebagai sebahagian proses ini, untuk memperkukuh institusi, membangunkan modal insan dan melindungi aspek yang mudah terjejas dalam masyarakat. World Bank Group bersedia untuk menyokong Malaysia semasa proses peralihan penting ini,” katanya.

Kwakwa baru sahaja mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia pada Isnin, dan dalam tempoh itu beliau bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pegawai kanan Bank Dunia dan delegasinya turut mengadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi bertukar pandangan dan idea mengenai aliran pembangunan di Malaysia dan rantau ini amnya.

Aliran ini termasuk peningkatan kepentingan ekonomi digital dan pembangunan kemahiran untuk daya saing masa depan di semua negara di rantau ini.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh