Connect with us

Uncategorized

Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA!

Published

on

Wan Nor Mafudah Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA! Tahniah, Anda Hebat!

  • Walaupun dihalang keluarga untuk mengambil jurusan perakaunan, gadis ini berjaya membuktikan minat dalam sesuatu bidang akhirnya membuahkan hasil di persada dunia
  • Wan Nor Mafudah, 21, yang berasal dari Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu berjaya menjadi pelajar terbaik dunia atau tempat pertama dalam World Prize Winnerselepas berjaya memperoleh 95 markah bagi Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

  • Beliau telah bersaing dengan pelajar terbaik dari dalam negara dan luar negara. Pencapaian cemerlang beliau telah berjaya mengharumkan nama negara secara tidak langsung.

  • Kejayaan beliau merupakan rekod yang terbaru kerana sebelum ini kejayaan yang terdekat pernah dicapai adalah tempat kedua, ketiga, dan keenam terbaik dunia beberapa tahun lepas.

  • Beliau yang masih menuntut di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC) Shah Alam selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan dianugerahkan biasiswa Permodalan Nasional Berhad

    • Beliau turut berhasrat untuk bekerja sebagai akauntan terlebih dahulu sebelum mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti.

    • Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Wan Nur Mafudah memberitahu beliau belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminya kepada orang lain.

  • Beliau tidak menjangka keputusan terbaik yang dinilai seluruh dunia itu dan terkejut namanya diangkat berada di tempat terbaik dunia

    • “Saya amat meminati mata pelajaran Matametik sejak sekolah rendah lagi termasuk bidang perakuanan dan kejayaan ini membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang ini dengan syarat belajar bersungguh-sungguh.

    • “Selain itu, saya juga ingin menyahut cabaran menteri (Idris) yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang,” katanya lagi dalam laporan akbar Sinar Harian.

  • Wan Nur Mafudah turut berkongsi rahsia kejayaan beliau dimana beliau mengulangkaji bersama rakan-rakannya untuk meningkatkan kefahaman mengenai subjek tersebut

    • Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana bukan sahaja dapat membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut malah kepada keluarganya yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuannya, lapor Bernama.

    • “Setelah tamat belajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A1B di MRSM Besut , saya memasuki Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah,” ujar beliau.

    • “Di sinilah saya banyak belajar tentang bidang perakaunan dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa sebelum terpilih untuk menyertai F7 Financial Reporting ACCA bagi graduan dari seluruh dunia,” katanya.

  • Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga meluahkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang beliau

    • Ahmad Zahid Hamidi@Zahid_Hamidi
    • Saya sangat berbangga dengan kejayaan yg diperolehi oleh adik Wan Nur Mafudah Wan Yusof. Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau.

    • BERNAMA

    • View image on Twitter

      Apa itu ACCA certificate sebenarnya?

    • ACCA bermaksud Association of Chartered Certified Accountants sebuah badan perakaunan antarabangsa yang terkemuka. ACCA merupakan certificate yang mempunyai permintaan tertinggi di dunia, dengan lebih daripada 500,000 ahli dan pelajar di 170 buah negara.

    • Anda perlu lulus maksimum 14 peperiksaan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman yang berkaitan praktikal yang anda boleh peroleh dalam mana-mana sektor perniagaan.

    • Kelayakan profesional ACCA meliputi semua bidang perniagaan, dari penyata kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian perniagaan & undang-undang untuk audit dan juga etika perniagaan.

    • ACCA certificate adalah satu kursus yang mana melayakkan graduannya menjadi Professional Akauntan.

  • Sama-sama kita berikan ucapan tahniah pada adik Mafudah yang mencapai kejayaan yang amat membanggakan! Congrats!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending