Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya hari ini berkata, telah cuba memandu kenderaan tersebut dan mendapatinya berkualiti serta sesuai untuk pasaran antarabangsa.

Beliau mengakui turut menemui pengurusan syarikat kereta nasional itu dan mahukan rakyat Malaysia diberi peluang sewajarnya.

Sebelum ini satu perjanjian kerjasama strategik antara DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah ditandatangani yang menyaksikan syarikat dari China itu memuktamadkan pembelian 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) yang dimiliki oleh DRB-Hicom. – UTUSAN ONLINE