Connect with us

Uncategorized

Terima kasih KD Mutiara! 42 berkhidmat, Kapal Hidrografi Tempatan yang pertama dilucut tahniah esok

Published

on

Ketika artikel ini sedang ditulis, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Markas Pangkalan Lumut sedang sibuk bertungkus lumus untuk upacara perlucutan tauliah kapal hidrografi TUDM, KD Mutiara esok.

Pada pukul 11.59 malam ini, panji-panji atau pennant bernombor 255 yang sudah 41 tahun digunakan KD Mutiara akan dinaikkan buat kali terakhir, sebelum diturunkan esok, sebagai simbolik ucapan perpisahan anggota TLDM kepada kapal pengukur kedalaman laut pertama buatan Malaysia ini.

KD Mutiara telah dibina oleh Hong Leong Lurssen Dockyard di Pulau Pinang, dan mula ditauliahkan sebagai salah satu aset TLDM bermula tahun 1977.

KD Mutiara yang dilengkapi dengan sistem pengukuran Hidrografi dan Oseanografi ini memegang rekod pengukuran yang mengkagumkan, di mana telah ia telah terlibat dengan hampir 50 penerbitan carta nautika perairan Malaysia.

Menurut Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, KD Mutiara kini tidak lagi sesuai digunakan kerana kos operasi dan peranannya akan digantikan oleh Litoral Mission Ships yang turut mendapat sentuhan syarikat tempatan,Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn. Bhd. dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co.

Walaupun bakal ditamatkan tauliah, jasa KD Mutiara semestinya tidak kita rakyat Malaysia lupakan.

Berikut antara perkongsian netizen tentang pengalaman mereka bersama jentera yang seseungguhnya telah banyak membantu tugas anggota TLDM menjaga perairan negara:

Terima kasih

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending