Connect with us

Kesihatan

Sayur lagenda , Pucuk Midin

Published

on

Admin nak cerita kisah pengalaman dimana banyak juga orang yang tak suka makan sayur. Tetapi kalau cerita pasal Pucuk Midin dari Sarawak, boleh dikatakan semua orang akan suka. Siap pesan kalau sesiapa pergi Sarawak, mesti pesan bawa balik banyak sayur Midin. Sayur Midin lebih sedap dan lazat dimakan jika dimasak dengan tumis belacan. Mari kita fahami sayur yang unik ini.

Pucuk Midin

Bagi sesiapa yang berpeluang menetap, melancong atau bekerja ke negeri Sarawak pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai masakan pucuk midin goreng belacan. Ianya suatu hidangan istimewa oleh penduduk tempatan dan pelancong asing kerana ianya sukar untuk ditemui di negeri lain. Pucuk midin ini dihidangkan semasa panas bersama nasi putih dan hidangan juadah makanan laut yang lain. Aroma juadah ini pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja untuk menikmatinya.

Di Sarawak, ianya mudah didapati dijual di pasar basah di sekitar pasar Satok Kuching, Mukah, Marudi dan pekan kecil di negeri kenyalang itu. Selain di Sarawak, pucuk midin juga boleh ditemui di negeri Johor dan Selangor tetapi ianya amat sukar untuk ditemui hanya di pasar pasar tertentu sahaja kerana penanaman sayuran ini tidak dilakukan secara komersial di negeri semenanjung Malaysia. Malah pasti ada yang mengirimkan pesanan pembelian pucuk midin dan dibawa ke Semenanjung melalui penerbangan.

Namun kesegaran pucuk midin akan terjejas sedikit akibat penyimpanan yang tidak sempurna kerana pucuk midin boleh tahan dibawah suhu dingin (peti sejuk) selama 5 hingga 8 hari. bahagian pangkal sayur pucuk midin ini perlu dibasahkan sedikit dan dibalut menggunakan daun pisang bagi mengekalkan kesegaran sayuran ini.

Pelbagai khasiat kesihatan yang terkandung di dalam sayuran pucuk midin ini seperti Vitamin C, B2, karbohidrat, protein, serat, lemak dan pelbagai zat lagi. Selain dari digoreng, pucuk midin yang boleh dimakan selepas direbus sebagai ulam. Bagi 100 gram pucuk midin, ianya terkandung 4.8mg zat besi, kaya dengan mineral fosforus dan kalium serta dikatakan ianya boleh merawat penyakit rabun malam. Kandungan Vitamin A (beta karotin) boleh menguatkan penglihatan manusia dan boleh mengubati penyakit cirit birit.

ASAL USUL & CIRI- CIRI MORFOLOGI

Pucuk midin berasal dari keluarga Pteridophyte dan nama sainstifiknya adalah Stenochlaena palustris. Di Selangor dan Johor, ia juga dikenali sebagai pucuk paku merah dan tumbuh meliar di kawasan tanah rendah hutan sekunder dan hidup menumpang di pokok lain. Kawasan tanah berasid dan sinaran cahaya matahari yang tinggi menggalakan pertumbuhan pucuk midin ini dengan pantas. Ia dikategorikan sebagai tanaman semusim rizomatus dan epiphytic dimana akar tumbuhan ini memegang tanah dengan akar serabut.

Daun pucuk midin lembut dan berwarna hijau muda dengan kuantiti daun 2 hingga 6 helai daun yang berpegang pada batang bulat berwarna hijau muda. Ia akan menghasilkan pucuk baru dari pangkal tumbuhan pada setiap masa dalam tempoh yang singkat terutama pada musim panas. Pucuk muda berwarna hijau sangat lembut dan bergulung. Pelepah berdaun kecil berspora tidak dimakan kerana ianya rasa pahit dan tidak sedap.

PENANAMAN PUCUK MIDIN

Pucuk Midin boleh ditanam di pelbagai jenis tanah terutama di tanah gambut (mempunyai kelembapan yang tinggi dan mempunyai sistem pengaliran air yang baik. Kandungan organik yang tinggi dalam tanah menyebabkan tumbuhan liar ini hidup dengan subur dan baik. Kawasan tanah tersebut perlu dibajak dan digembur supaya kandungan mineral di dalam tanah dapat dipergunakan. Pengapuran dilakukan semasa proses pembajakan dengan menabur kapur di dalam tanah. Baja organik tahi ayam pada kadar 2 hingga 5 tan sehektar digaul pada tanah sebelum dan selepas penanaman bagi meningkatkan kesuburan tanah.

Artikel ini dipetik daripada : MyAgri.com.my

Kesihatan

MENDERMA DARAH SEAWAL 18 TAHUN!

Published

on

By

Tahukah anda pada usia 18 tahun, anak- anak kita sudah boleh menderma darah?


Merekalah generasi pelapis penderma darah. Membantu insan lain yang sedang memerlukan darah dalam waktu-waktu kecemasan dan pembedahan.

Bayangkan masa depan, tanpa generasi pelapis ini menderma darah, dimanakah akan kita dapati darah untuk menyelamatkan insan yang memerlukannya?

Ayuh kita ajak anak kita, anak saudara kita, rakan – rakan kita yang belum menderma darah untuk hadir menjadi barisan hadapan yang menderma darah.

Kibarkan semangat menderma darah, kibarkan semangat kemerdekaan.

Kita sayang Malaysia.

#malaysiaboleh

#kitajagakita

Continue Reading

covid-19

4 sebab yang tidak membenarkan anda hadir ke PPV

Published

on

By

Anda tidak dibenarkan hadir ke PPV jika anda mempunyai 4 sebab seperti di bawah:

Kredit Foto: Instagram KKM

Pastikan anda sihat, bebas daripada sebarang simptom dan tidak mempunyai kemungkinan dijangkiti COVID-19 sebelum hadir ke PPV untuk janji temu vaksinasi.

#kitajagakita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Kesihatan

Selain menyelamatkan nyawa, terdapat 5 manfaat menderma darah

Published

on

By

Pendermaan darah kepada pesakit sentiasa diperlukan. Sebanyak 2000 beg darah diperlukan oleh pesakit setiap hari di seluruh Malaysia.

Ia bukan sahaja satu perbuatan yang mulia, tetapi terdapat pelbagai manfaat menderma darah untuk kesihatan penderma.

Berikut merupakan 5 manfaat menderma darah yang perlu anda tahu:

1. Mengesan masalah kesihatan

Sebelum menderma darah, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Meskipun ia bukan pemeriksaan menyeluruh tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda tidak ketahui.

Pemeriksaan itu umumnya akan memeriksa tekanan darah, suhu badan, degupan jantung dan kadar hemoglobin dalam darah. Jika ia menunjukkan terdapat sebarang masalah, maka individu itu tidak sesuai untuk menderma darah.

2. Rasa lebih sihat

Ramai penderma darah memberitahu, setiap kali selepas menderma darah, mereka akan berasa lebih sihat dan bertenaga yang membuatkan mereka ingin menderma darah lagi.

Ada juga yang mengatakan bahawa menderma darah boleh membakar 650 kalori. Namun tiada bukti ilmiah yang menyokong kepada dakwaan tersebut.

3. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis

Individu dengan masalah hemochromatosis memiliki terlalu banyak zat besi dalam darah sekaligus mempengaruhi fungsi pelbagai organ vital tubuh.

Menderma darah adalah salah satu bentuk rawatan yang paling baik untuk golongan ini, sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.

4. Menjaga kesihatan jantung

Pada tahun 2019, terdapat kajian yang meneliti data daripada 160,000 wanita yang mendermakan darah selama 10 tahun mendapati menderma darah memberi perlindungan jangka panjang kepada kesihatan kardiovaskular mereka.

5. Mengawal tekanan darah

Beberapa kajian mendapati bahawa menderma darah dapat menurunkan tekanan darah dan mengawalnya agar sentiasa berada dalam keadaan normal.

Perkhidmatan pendermaan darah adalah termasuk perkhidmatan perlu (Essential Services). Jadi, marilah kita menderma darah!

MENDERMA DARAH SEMASA PKP 3.0
PKP bukanlah satu halangan untuk kita menderma darah. Jika anda hendak menderma darah jangan lupa ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan proses pendermaan yang lancar. PDN masih beroperasi seperti biasa dan berbesar hati menanti kehadiran anda. Para penderma budiman boleh menggunakan link Pusat Darah Negara yang telah disediakan : http://linktr.ee/dermadarah
Anda boleh memeriksa kesesuaian untuk menderma darah sebelum merancang pendermaan darah anda.
Untuk memudahkan perjalanan tuan/puan ke pusat kutipan darah, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para penderma perlu:
  • Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular); ATAU
  • Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah); ATAU
  • Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.
Anda boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN di:
1.Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
   Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 9.00 malam
   Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
2.Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
   Isnin – Rabu : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
   Khamis – Ahad : 1.00 petang hingga 8.30 malam
3.PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
   Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
ATAU di tabung-tabung darah atau kempen darah berdekatan.
#MalaysiaBoleh
Continue Reading

Trending