Connect with us

covid-19

Profesor Washington University, US viral kerana memuji Malaysia dalam usaha mengawal penularan COVID-19

Published

on

Sumber: Twitter @neuroplebeian

“Kita memerlukan mesej yang jelas dan konsisten untuk menurunkan kadar penularannya seperti di Malaysia.”

Menurut Malay Mail, setelah selamat pulang dari Sabah bersama keluarganya, Dr Jason Hassenstab berkongsi pengalamannya di Facebook dengan mengatakan “ia merupakan percutian yang luar biasa, tetapi telah memilih waktu yang tidak tepat untuk bercuti di Malaysia”.

Keluarganya terpaksa memendekkan percutian mereka dan pulang lebih awal, tetapi dia ingin berkongsi beberapa kontras yang jelas yang dapat dilihat antara Malaysia dan Amerika Syarikat semasa perjalanan pulang.

Sumber: Twitter @neuroplebeian

“‘Mobile carrier’ menghantar mesej mengenai arahan kawalan pergerakan setiap hari . ‘Carrier ID’ di bahagian atas telefon saya yang secara normalnya berkata ‘Sprint’ sebaliknya berkata ‘Stay Home’,” jelas Hassenstab.

“Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka mempunyai pengawal keselamatan yang mengawal jarak jauh. Sepanduk maklumat dengan bimbingan bertulis dan visual digantung di mana-mana, kerusi di lapangan terbang di tanda dengan larangan duduk supaya terdapat tempat duduk kosong di antara tempat duduk yang disediakan.”

“Semua pekerja memakai topeng dan sanitizer tangan diletakkan hampir di setiap kaunter dan kaunter tunai,” tambahnya lagi.

“Kerajaan mereka mempunyai mesej yang konsisten: tinggal di rumah, jaga jarak anda, bersihkan tangan anda, dan seluruh negara melakukannya!”

Sumber: New Straits Times

Berbeza pula dengan salah satu lapangan terbang paling sibuk di Atlanta, beliau menganggarkan hanya 5% kakitangan kastam dan kawalan sempadan yang memakai topeng dan sarung tangan

“Sanitari tangan tidak dapat ditemui, selain daripada beberapa bilik mandi, kedai-kedai dibuka, perniagaan dijalankan seperti biasa. Orang ramai sedang berseronok, tidak ada yang menguatkuasakan jarak,” katanya.

“Orang ramai melihat kami dan menggelengkan kepala kerana kami memakai topeng,” katanya sambil menambah bahawa mereka memakai topeng untuk melindungi orang lain di sekeliling mereka sekiranya mereka mempunyai COVID-19 dan mengelakkan diri daripada menyentuh wajah mereka terlalu kerap.

Hassenstab juga menulis bahawa keluarga dan dirinya disaring untuk suhu tinggi di lapangan terbang kerana mereka pulang dari Malaysia dan Singapura.

Walau bagaimanapun, 99% penumpang lain yang datang dari Jepun, UK, dan negara-negara Eropah yang lain dibenarkan masuk tanpa sebarang pemeriksaan lanjut atau langkah perlindungan.

Dia telah menerima lebih daripada 3,700 likes di Facebook, dan telah dikongsi lebih daripada 1,900 orang dari semua latar belakang terutamanya rakyat Malaysia, mengucapkan terima kasih kepadanya atas pujiannya dan menjemputnya kembali melawat Malaysia apabila keadaan telah pulih

Sumber: Jason Hassenstab/Facebook

“Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda sewaktu berada di Malaysia, Prof Jason. Komen positif anda memberi kami kekuatan dalam tempoh ini, apabila keadaan telah kembali pulih, kami dengan rendah hati mengalu-alukan anda dan keluarga kembali melawat Malaysia,” kata pengguna Facebook ini.

Sumber: Jason Hassenstab/Facebook

Ekspatriat ini berkata, “Dan itulah sebabnya kami memilih untuk tinggal di Malaysia walaupun secara teknikal kami boleh pulang kepada ibu bapa kami di Amerika semasa penutupan sekolah ini. Kami merasa lebih selamat di sini berbanding di sana.”

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: