Connect with us

Teknologi

Pakar – Harga internet hanya berkurang jika penyedia perkhidmatan internet (ISP) ditambah dalam pasaran terbuka

Published

on

Seorang pakar komputer mempersoalkan sama ada syarikat internet sedia mengurangkan margin keuntungan untuk menjadikan janji kerajaan menggandakan kelajuan internet dengan separuh harga suatu kenyataan.

CF Fong, seorang pakar keselamatan siber, mempersoalkan jika kerajaan bersedia mensubsidikan kos menunaikan janji itu.

Fong berkata penyedia perkhidmatan internet (ISP) perlu berkompromi dalam beberapa perkara.

“Jika pelanggan kini terima kelajuan 50Mbps, pada harga RM25 sebulan, jadi tawaran 100Mbps pada harga yang sama seperti menggandakan jalur lebar untuknya.”

Namun menggandakan kelajuan internet tidak mungkin berlaku dengan cepat. Perkakasan, perisian dan prasarana mesti dinaiktaraf. Beliau berharap ISP akan lebih berdaya saing dan menawarkan pakej yang lebih baik.

Fong berkata rakyat “membayar harga yang mahal” untuk kelajuan internet yang masih salah satu yang paling perlahan di rantau ini. Internet di Thailand dan Vietnam adalah lebih laju dan murah.

ISP utama Malaysia ialah Telekom Malaysia, yang menawarkan perkhidmatan ADSL Streamyx pada harga RM110-RM160 sebulan untuk kelajuan 1Mbps-8Mbps dan perkhidmatan jalur lebar fiber optik Unifi pada harga RM129 untuk kelajuan 10Mbps dan RM179 untuk 30Mbps.

Fong mempersoalkan ketiadaan pasaran terbuka kerana persaingan akan memberi manfaat kepada pelanggan. “Bilangan ISP terhad berbanding dengan mereka. Ini kerana berapa banyak lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa sebelum ini. Jika lebih banyak ISP menyertai persaingan ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan pada nilai yang lebih berbaloi,” katanya.

Fong berkata ISP akan masih menjana wang walaupun keuntungan berkurangan, tetapi bukan mudah untuk memaksa mereka menurunkan harga.

“Sebenarnya ia tentang ‘memaksa’ mereka menawarkan diskaun; perkara utama ialah menggalakkan lebih banyak ISP menyertai pasaran. Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia perlu ambil inisiatif ini dan keluarkan ISP sedia ada daripada zon selesa,” katanya.

Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, ISP perlu memberikan diskaun dan lebih nilai manakala untuk jangka masa panjang, galakkan persaingan dengan syarikat asing. “Tanpa persaingan, pengguna sentiasa kerugian,” katanya.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan berusaha ke arah mencapai jalur lebar dengan kelajuan berganda dan separuh harga kerana orang ramai mengadu tentang kualiti perkhidmatan jalur lebar, yang menurutnya tidak sebaik negara-negara membangun.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teknologi

Facebook bertukar nama kepada META

Published

on

By

Kredit Foto: Meta Malaysia
Syarikat gergasi media sosial, Facebook yang kini dijenamakan semula sebagai Meta Platforms menyahut cabaran metaverse bagi membolehkan penggunanya terus kekal berhubung, mengembangkan perniagaan serta membina komuniti baharu.
Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pemilihan nama Meta dilihat memiliki hubungan yang jelas dengan metaverse sekali gus menggambarkan komitmen untuk membina teknologi sosial menerusi apa yang ditampilkan oleh keterhubungan digital pada hari ini.
“Kami mempunyai nama syarikat yang baharu, namun misi kami tidak berubah. Fokus Meta adalah untuk membantu membina metaverse dan membolehkan orang ramai saling berhubung, mencari komuniti dan mengembangkan perniagaan.
“Apabila kita merujuk kepada metaverse, kita sedang bercakap mengenai masa depan bahawa individu merupakan tumpuan utama teknologi. Untuk aplikasi Facebook, fokus kita kekal sama, kita mahu menjadikan aplikasi tersebut sebagai sesuatu yang memberi pengalaman terbaik untuk orang berinteraksi,” katanya.
Sebagai rekod, metaverse membawa maksud gabungan dunia maya dan fizikal yang membolehkan pengguna meneroka ke pelbagai tempat tanpa perlu memikirkan lokasi serta jaraknya.
Sesiapa sahaja boleh bertemu dengan pengguna internet yang lain meskipun tidak berada di tempat yang sama.
Metaverse disokong oleh beberapa subset iaitu virtual reality (realiti maya), augmented reality (realiti perantara) dan juga internet.
“Kumpulan dan komuniti dalam Facebook memainkan peranan penting dalam misi metaverse untuk merasai pengalaman ini.
“Apabila kita tidak dapat bersama secara fizikal, metaverse akan membawa kita dengan lebih dekat sekaligus memberi impak sosial yang positif,” jelasnya.
Dari segi perniagaan, metaverse bukan sesuatu yang dibangunkan secara segera, namun ia bakal memberi impak ekonomi yang saksama kepada perniagaan tidak kira besar atau kecil.
Katanya, metaverse dari segi Meta akan menjadi peluang terbesar untuk perniagaan moden dengan kewujudan internet.
Ia akan membantu mengembangkan perniagaan sama ada di Facebook, Instagram atau Whatsapp.
“Peniaga boleh menggunakan metaverse dengan membina saluran perniagaan baharu melalui Facebook shop atau Instagram shop kerana aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger akan kekal relevan di metaverse pada masa depan.
“Sebagai contoh, bayangkan kedai anda di Instagram di dalam ruangan metaverse, peniaga boleh memperlihatkan perniagaan mereka menerusi realiti pengantara dan realiti maya,” katanya.
Menurut Nicole, Meta meletakkan sasaran pada masa akan datang, metaverse akan mencecah bilangan satu bilion pengguna selain menjadi platform perdagangan digital dengan transaksi bernilai ratusan bilion dollar.
“Kami masih berada di peringkat permulaan dan banyak lagi teknologi serta infrastruktur yang perlu dibina. Saya rasa ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hingga 10 tahun lagi untuk visi metaverse menjadi kenyataan.
“Bagaimanapun, untuk menjayakan apa metaverse, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh Meta dan juga industri. Akses internet perlu pantas dan stabil serta mampu dimiliki oleh semua.
“Selain itu, negara juga perlu mengembangkan inovasi teknologi agar ia dapat diketengahkan secara profesional dan mempertingkatkan kemahiran teknologi,” ujarnya.
Meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu sejak dunia dilanda wabak  COVID-19 secara tidak langsung memperlihatkan betapa pentingnya teknologi pada hari ini.
“Peranan digital semakin penting untuk kelangsungan perniagaan. Tidak hairan jika permintaan pekerjaan berkaitan digital meningkat hampir tiga kali ganda.
“Jadi kami melihat ekosistem teknologi realiti pengantara akan terus berkembang dan permintaan untuk bakat profesional juga semakin meningkat,” Tambahnya lagi.
Sumber: Astro Awani
Continue Reading

Belia

Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Published

on

By

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa

Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.

“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.

Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.

Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.

Sumber: Kosmo Online

Continue Reading

Teknologi

Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Published

on

By

Foto: Bernama

Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.

Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.

Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.

Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.

Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin

“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.

Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.

Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.

#MalaysiaBoleh!

 

 

 

Continue Reading

Trending