Connect with us

Pendidikan

Murid Darjah Dua Ini Muncul Juara Pertandingan Matematik Antarabangsa Di Moscow. Hebat!

Menurut ibunya, kemenangan Reeno ini sangat mengejutkan kerana dia hanya ke Aloha Mental Arithmetic seminggu sekali dan hanya dua jam pembelajaran untuk setiap sesi. #MalaysiaBoleh

Published

on

Kanak-kanak berusia 8 tahun iaitu adik Reeno Chin baru-baru ini telah berjaya mengharumkan nama negara selepas mendapat tempat pertama dalam pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai yang lalu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Reeno merupakan pelajar darjah dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani telah dinobatkan sebagai ‘Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition’ apabila menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.

Memang tidak disangka kerana menurut kenyataan ibunya, Wong Pui Si, 41, “Kemenangan Reeno ini sememangnya mengejutkan kerana dia hanya ke Aloha Mental Arithmetic seminggu sekali dan pada setiap sesi ia melibatkan pembelajaran selama dua jam sahaja.

“Saya sendiri tidak pernah memaksa dia untuk membuat kira-kira (ulang kaji) cuma sebulan sebelum menyertai pertandingan itu baharu saya beri perhatian padanya dengan mencetak pelbagai soalan untuk dia selesaikan,” tambahnya.

Reeno juga adalah seperti kanak-kanak biasa yang mempunyai masa untuk bermain dan juga masa untuk belajar

Wong Pui Si juga mengatakan bahawa anaknya itu yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik telah mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun lagi.

Wong juga menjelaskan bahawa dia menetapkan had masa untuk anak-anaknya berhibur. Malah, di rumah mereka juga tiada televisyen, hanya radio, komputer atau permainan video yang hanya boleh digunakan untuk bermain sebulan sekali sahaja.

Dalam pertandingan itu, Reeno perlu menjawab 70 soalan dalam tempoh lima minit sahaja

Kanak-kanak genius ini mampu menjawab sebanyak 70 soalan dalam masa lima minit dan ibunya langsung tidak sangka dia mampu menjawab sepantas itu dalam keadaan yang tidak sihat.

Menurut ibunya, Reeno berhadapan dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu sebelum terbang ke Moscow ketika itu. Dia diserang demam dan keracunan makanan. Namun apa yang mengejutkan adalah dia masih mampu untuk mempamerkan kebolehannya sehingga dinobatkan sebagai juara antarabangsa.

Abdul Aziz (dua, kiri) bersama Reeno (tengah) dan keluarganya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) juga telah memberikan insentif sebanyak RM500 kepada murid pintar terbabit.

Wong mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya di Moscow

Cayalah, Reeno!

Terima kasih kerana telah mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Pendidikan

Program pendidikan memperkasa golongan B40 dan tercicir

Published

on

Golongan B40 dan tercicir antara yang terbeban ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dijalankan pada bulan April 2020 yang lalu. Bagaimana program pendidikan daripada SOLS 24/7 dapat memperkasa golongan ini daripada terus terhimpit?

Jom tonton siri kedua temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

 

Continue Reading

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Trending